SH |
Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT Cari isteri, anak
KUANTAN - "Kalau gaduh-gaduh lagi, saya akan lari."
Itulah ungkapan seorang isteri yang akhirnya menjadi kenyataan apabila dia bertindak melarikan diri bersama anak lelaki tunggalnya sejak 16 Mei lalu. Chong Sen Hoon, 55, berkata, isterinya, K Muthulechumi, 32, melarikan diri dari rumah mereka di Taman Tanah Putih Baru bersama anak tunggal mereka, Chong Chi How, 7, selepas berlaku perselisihan faham. Menurutnya, sebelum ini, mereka sering bergaduh akibat masalah kewangan, namun isterinya tidak pernah bertindak sejauh itu dengan melarikan diri. "Pada 16 Mei lalu, ketika saya keluar, dia masih ada di rumah. Namun apabila pulang pada waktu tengah hari, saya dapati dia sudah tiada malah semua pakaian turut dibawa bersama. "Saya buntu untuk mencari mereka malah pada awal bulan lalu, isteri ada menghubungi saya dan mengatakan mereka berdua ada di Bentong serta ingin kembali ke pangkuan saya. "Bagaimanapun, selepas saya ke sana, saya gagal menghubunginya sehingga ke hari ini lalu mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Bentong pada 8 Jun lalu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong, di sini. Sen Hoon yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia bimbang mengenai keselamatan isteri dan anaknya selain tertanya-tanya di mana mereka berada. Katanya, dia juga risau kerana anak tunggalnya sudah lama tidak ke sekolah iaitu sejak 3 Mei lalu sebelum melarikan diri. "Saya juga ada bertanyakan kepada rakan sekerja isteri di sebuah kilang di Jaya Gading tetapi mereka juga tidak tahu. Saya sayangkan mereka dan berharap mereka kembali ke pangkuan saya. Jika ada sesiapa mengenali atau pernah melihat mereka di mana-mana, boleh hubungi saya secepat mungkin," katanya. Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Sen Hoon di talian 014-8310967 atau 09–5178328. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan