Sabtu, 16 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Siasat dana asing biayai Bersih 2.0

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Siasat dana asing biayai Bersih 2.0

BACHOK – Bank Negara akan bekerjasama dengan polis jika ada dakwaan dana asing dibawa masuk untuk membiayai perhimpunan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar) berkata, untuk membolehkan siasatan itu dibuat, perlu ada laporan.

"Bank Negara tidak boleh siasat sendiri, tapi jika ada laporan polis, kita sedia bantu. Soal sama ada nak beku akaun pihak yang terbabit bergantung pada siasatan.

Jika penyaluran (dana) dibuat melalui urus niaga bank, ia mudah dikesan. Begitu juga melalui pengurup wang. Ada peruntukan baru untuk kita kesan melalui undang-undang baru dibentang di Parlimen baru-baru ini," katanya di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya tiada niat nak balas dendam'

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Saya tiada niat nak balas dendam'

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik merupakan antara individu terbabit dengan pendedahan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan salah seorang daripada Datuk Trio. Ikuti wawancara khas bersama wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan ARHIZA AHMAD berhubung pandangannya mengenai Ketua Pembangkang itu dan politik tanah air.

Bila Tan Sri mengetahui kewujudan video seks ini dan menyertai Datuk T?

RAHIM : Pada 21 Februari, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim membawa video seks ini kepada saya ia amat relevan dengan politik Malaysia. Setelah melihat video tersebut, saya yakin pelakunya adalah, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memandangkan beliau orang yang hebat mempunyai kepimpinan berkarisma dan juga dianggap tokoh ulama, saya rasa amat terpanggil untuk membuat pendedahan ini supaya rakyat Malaysia insaf dan sedar pemimpin yang mereka sanjung sebenarnya pengamal seks rambang.

Kenapa Anwar masih menafikan pelaku dalam video tersebut adalah dirinya?

Rahim: Anwar mempunyai ciri istimewa iaitu pandai mengambil hati, berpidato dengan hebat dan boleh membaca al-Quran serta hadis dengan baik. Selain itu, beliau juga mempunyai satu jawatankuasa propaganda bagi membentuk imejnya terhadap rakyat, konon beliau tokoh anugerah Allah yang mempunyai ciri memperjuangkan kesengsaraan rakyat.

Dari jawatankuasa ini Anwar memupuk dari semasa ke semasa imej dirinya dan hasilnya beliau menikmati kekebalan politik serta tembok kukuh mempertahankan dirinya walaupun banyak perkara diperkatakan atau didedahkan mengenai dirinya, sama ada ketika menjadi pemimpin dalam UMNO atau luar UMNO, beliau sentiasa dapat bertahan dan kekal terkenal kerana usaha dijalankan jawatankuasa propaganda atau pembina imej beliau sangat hebat.

Sebelum ini sukar dibuktikan seperti yang dituduh hari ini, sama ada kes liwat dan zina dengan pelacur kerana rakyat masih terpegun pada kehebatan beliau tadi dengan ciri yang disebut, dalam ceramah dapat menarik ribuan orang melalui pidato yang tegas dan pedas, tetapi malang kepura-puraan dan kepalsuan tidak akan kekal.

Ada dakwaan, Tan Sri terbabit kerana ingin membalas dendam terhadap Anwar?

RAHIM: Pada masa lalu, ketika saya menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO, saya mempunyai hubungan dan setia kawan yang rapat kerana berada dalam Team Wawasan bagi naikkan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mungkin saya popular ketika ketika itu disebabkan kepimpinan saya berjaya menaikkan Melaka dari negeri miskin kepada negeri dinamik dan maju. Tun Mahathir selalu ambil saya sebagai contoh baik dalam atau di luar Kabinet.

Mungkin perkara ini mengakibatkan kecemburuan politik yang amat sangat, selepas itu saya menerima padah dengan tohmahan untuk menjatuhkan saya dengan rasuah dan skandal. Saya rela diri disiasat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari rumah hingga ke pejabat. Bagaimanapun selepas siasatan dijalankan pihak Peguam Negara membebaskan saya daripada tuduhan dan tohmahan. Tun Mahathir meminta saya untuk teruskan kepimpinan bagi mentadbir Melaka.

Malangnya Anwar tidak selesa dengan perkara itu, beliau berkomplot dengan media untuk menjatuhkan saya selama lebih 50 hari melalui media cetak dan elektronik. Anwar memanggil saya ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk menyatakan bahawa Tun Mahathir telah memberikan arahan supaya saya meletakkan jawatan. Saya tidak ada pilihan kecuali mempercayai kata seorang Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara tersebut.

Saya rela dengan keputusan pucuk pimpinan parti, malangnya setelah meletakkan jawatan, saya berjumpa dengan Tun Mahathir untuk bertanya sama ada beliau pernah memberikan arahan kepada Anwar untuk saya meletak jawatan, Tun Mahathir menyatakan beliau tidak pernah memberikan arahan kepada Anwar untuk berbuat sedemikian. Selama 15 tahun saya terhina dengan pembohongan itu.

Saya menganggap ini satu daripada dugaan Allah, tetapi dalam hati ada menyentuh kedudukan Anwar kerana pembohongan itu dan Insya-Allah dia juga akan jatuh jauh lebih hina daripada saya.

Bila Eskay dan Shuaib bertemu saya, saya teringat doa saya tentang pembohongan Anwar. Oleh itu saya mengambil peranan untuk membawa isu seks ini ke hadapan, sehingga saya dihukum oleh sistem kehakiman. Saya tetap berpuas hati walaupun dihukum kerana pada pandangan saya, telah melakukan apa yang paling baik untuk UMNO, Melayu dan Malaysia bagi menentukan kepimpinan negara.

Dalam kes video seks ini, UMNO dikaitkan kerana penglibatan Tan Sri dalam Datuk T?

RAHIM: Mereka tidak boleh kaitkan UMNO dalam pendedahan tersebut, malah dalam UMNO saya tidak mempunyai sebarang jawatan tinggi, sama ada dalam Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Perhubungan atau Ketua Bahagian UMNO, saya hanya ahli biasa. Apa kepentingan saya untuk membabitkan UMNO?

Setakat menjadi ahli dalam kes video seks ini, sebenarnya apa berlaku adalah kehendak Allah, memandangkan saya mengetahui latar belakang dan sejak Anwar menipu saya, saya mempunyai kekuatan untuk memperjuangkan video seks ini, sehingga diketahui setiap rakyat Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved