Khamis, 21 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Sekali daftar dengan AirAsia Fly-Thru

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sekali daftar dengan AirAsia Fly-Thru Penumpang AirAsia dari Hong Kong, Macau dan Guangzhou yang merancang melakukan penerbangan berbilang kini boleh berbuat demikian apabila AirAsia memperkenalkan perkhidmatan AirAsia Fly-Thru tidak lama lagi.

Perkhidmatan ini ada di beberapa tempat pelepasan terpilih AirAsia, dan ia memberi peluang penumpang membuat penerbangan pelbagai dengan hanya sekali pemeriksaan untuk penerbangan asal dan penerbangan sambungan di lapangan terbang terakhir mereka.

Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, Fly-Thru sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia dalam melakukan inovasi perkhidmatan dan menyediakan kemudahan terbaik kepada penumpangnya.

"Kini dengan adanya Fly-Thru dari Hong Kong, Macau dan Guangzhou, penumpang kini boleh memanfaatkannya untuk ke pelbagai destinasi seluruh Asia dengan AirAsia dan AirAsia X.

"Dengan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk, seseorang hanya perlu bermain dengan kreativiti dan imaginasi kerana dengan AirAsia, segala kemungkinan adalah tidak mustahil," katanya.

Perkhidmatan Fly-Thru disediakan untuk penumpang dari Hong Kong, Macau dan Guangzhou, meneruskan perjalanan jarak jauh ke destinasi AirAsia X dengan transit di Kuala Lumpur di mana tempoh masa daripada penerbangan asal ke penerbangan seterusnya hanya 90 minit dan enam jam.

Penumpang boleh menyambung penerbangan mereka ke destinasi yang dikehendaki tanpa memberi penjelasan imigresen atau visa transit di Malaysia. Setibanya di Kuala Lumpur, penumpang akan diberi akses ke dewan transit yang menghubungkan dewan pelepasan dan perlu berada di pintu masuk berlepas 20 minit sebelum penerbangan mereka.

Selain itu, perkhidmatan Fly-Thru ini juga tidak memerlukan penumpang memeriksa semula barangan apabila menyambung penerbangan sehingga ke destinasi terakhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Maybank Islamic tandatangani MoU

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maybank Islamic tandatangani MoU

Maybank Islamic membuat perjanjian persefahaman (MoU) bersama Bank Syariah Mandiri di Jakarta bagi mewujudkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam segala hal melibatkan kewangan Islam, dan pembiayaan perdagangan.

Maknanya, Kedua-dua institusi akan berhubung dengan aliran mudah tunai merentasi sempadan di samping meningkatkan dan mempelbagaikan aplikasi penyelesaian kewangan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Islamic, Muzaffar Hisham berkata, terdapat hasil dan sinergi yang besar akan diperoleh hasil kerjasama dalam bidang urus niaga perbankan berstruktur yang ditawarkan dan dijalankan dengan mematuhi prinsip syariah Islam.

"Perjanjian persefahaman yang ditandatangani ini juga satu petanda baik bagi kerjasama Asean yang lebih mendalam antara dua negara.

"Kami melihat kerjasama dengan rakan kongsi tempatan, Bank Syariah Mandiri di samping entiti Kumpulan Maybank sedia ada, Bank Antarabanghsa Indonesi (BII), dan Maybank Syariah Indonesia (MSI), sebagai saluran kepada usaha menerajui untuk memajukan lagi industri Perbankan Islam di Indonesia," katanya.

Menurut perjanjian itu, urus niaga ini akan melindungi perdagangan dan Trade Finance Line bagi tujuan Pembiayaan Perdagangan Import.

Ia dapat menggalakkan syarikat tempatan memulakan aktiviti yang sesuai dengan Kewangan Antarabangsa Malaysia Pusat- Bank Negara Malaysia (MIFC-BNM).

Ia juga inisiatif Bank Indonesia melalui binaan hubungan kewangan Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved