Khamis, 21 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tujuh premis musnah terbakar

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tujuh premis musnah terbakar GEORGETOWN - Keprihatinan orang ramai membantu mengeluarkan kira-kira 500 tong gas dari sebuah stor di Lebuh Bakau menyelamatkan sebuah kampung daripada musnah dalam satu kebakaran melibatkan tujuh deretan kedai awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi menyebabkan keadaan menjadi kecoh selepas orang ramai menyedari stor yang berada hampir 50 meter dari kawasan kebakaran masih lagi berkunci.

Keadaan itu memaksa anggota bomba memecahkan pintu stor berkenaan bagi membolehkan kesemua tong gas dibawa keluar bagi mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, kesemua tong gas yang disimpan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

"Tindakan pantas anggota bomba dan orang awam berjaya menyelamatkan keadaan dari bertambah buruk kerana api merebak dengan begitu cepat.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu kami dalam operasi pemadaman kebakaran selain tindakan pantas bomba sukarela dan polis yang mengawal keadaan," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Mengulas mengenai kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah, bengkel kereta, bengkel motosikal, bengkel mengecat kenderaan, bengkel besi dan kedai kayu itu, Razam berkata, bilik kawalan Balai Bomba Jalan Perak menerima panggilan kebakaran pada jam 1.31 pagi.

Beliau berkata, pasukannya tiba empat minit kemudian dengan kekuatan 50 anggota dan lapan jentera yang bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika anggota tiba, api sedang marak dan merebak pantas kerana kebanyakan struktur kedai itu dibina daripada kayu .

"Disebabkan terlalu banyak jentera yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran termasuk lapan jentera dari pasukan bomba sukarela menyebabkan tekanan air menjadi perlahan. Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.48 pagi dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Razam berkata, Unit Siasatan Kebakaran (FIO) masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Selain itu, bomba akan menyiasat sama ada kesemua tong gas yang disimpan di stor berhampiran lokasi kejadian mempunyai kelulusan penyimpanan di kedai itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved