Khamis, 21 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gempar serbuk disangka bom

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Gempar serbuk disangka bom KUALA LUMPUR – Pengunjung dan kakitangan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang semalam, gempar dengan penemuan sebuah kotak kecil berbalut wayar disyaki bom yang diletakkan di belakang pusat beli-belah itu.

Bagaimanapun kotak berbalut surat khabar itu bukan bahan berbahaya dan polis tidak menolak kejadian itu akibat permainan individu yang sengaja mahu menakutkan orang ramai.

Kotak yang hampir membuatkan orang ramai menjadi panik itu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan ketika sedang membuat rondaan kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman (gambar) berkata, selepas mendapat maklumat itu, polis segera menghantar Unit Pemusnah Bom untuk membuat siasatan lanjut ke tempat kejadian.

Zulkarnain berkata, siasatan awal menunjukkan kotak tersebut bukan mengandungi bom atau bahan letupan seperti yang digemparkan.

"Pemeriksaan dapati terdapat serbuk berwarna putih yang masih belum diketahui isi kandungannya.

"Kita masih belum dapat tentukan sama ada serbuk putih itu berbahaya atau tidak kerana siasatan sedang dibuat," katanya semalam.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai serta kakitangan di situ.

"Keterangan beberapa saksi sudah diambil termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang terlibat," katanya.

Menurutnya, tempat kejadian dilaporkan selamat dan bebas daripada sebarang ancaman bom.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembantu peribadi Anwar fail saman

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pembantu peribadi Anwar fail saman KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman terhadap kerajaan di atas kecederaan tulang pipinya akibat terkena peluru gas pemedih mata dalam terowong Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral, di sini, 9 Julai lalu.

Fayyadh Afiq Albakqry, 25, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam, dengan ditemani peguamnya, N Surendran, Latheefa Koya, Fadia Nadwa Fikri dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Surendran, ketika ditemui berkata, laporan dibuat untuk menuntut polis menjalankan siasatan terhadap mangsa cedera teruk sehingga pecah tulang pipi kiri akibat tindakan polis yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bertugas menjaga keselamatan Anwar yang memasuki terowong terbabit, sebelum melihat seorang anggota dari Unit Tindakan Ringan (LSF) mengacukan senapang ke arah ketua pembangkang itu.

Menurutnya, mangsa cuba melindungi Anwar sebelum tiba-tiba berasa pedih dan sakit di pipi kirinya akibat terkena peluru gas pemedih mata yang dilepaskan.

Menurutnya, dalam keadaan cedera parah, mangsa sempat menarik Anwar ke penghujung terowong. Bagaimanapun, terdapat satu lagi peluru gas pemedih mata terjatuh di hadapan mereka menyebabkan asap tebal dan Anwar terjatuh serta cedera di kaki dan kepalanya.

"Polis tidak beri amaran, sebaliknya terus melepaskan peluru gas pemedih mat. tindakan tu boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh kerana menyalahi prosedur sebenar," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved