Khamis, 21 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ibu mangsa terkilan

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ibu mangsa terkilan PASIR MAS – Seorang ibu di Kampung Bendang Pauh, di sini kesal dengan cara kematian anak sehingga menyebabkan lemas di Sungai Kelantan, Isnin lalu.

Aminah Alias, 58, berkata, anaknya, Mohd Syaiful Azmi Mamat, 24, tidak melakukan sebarang kesalahan besar dan berkelakuan baik sejurus selepas keluar dari pusat tahanan di Raub, di atas kesalahan penyalahgunaan dadah, Februari lalu.

"Tindakan pihak berkenaan mengejarnya sehingga ke sungai, merupakan penyebab dia meninggal dengan cara sebegini. Biarpun anak saya melakukan kesalahan, tetapi mengapa perlu ia berakhir dengan sebegitu rupa," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, setiap ibu pasti rasa sedih jika anaknya meninggal dalam keadaan yang menyayat hati apatah lagi hilang selama berhari-hari.

Aminah berkata, anaknya mungkin hanya melakukan kesalahan kecil, tetapi pasti ada cara lain yang boleh dilakukan sekali gus mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya menegaskan bahawa tiada aktiviti kejar-mengejar dilakukan oleh pasukannya sehingga menyebabkan kematian seorang remaja.

"Mangsa terkejut apabila terserempak dengan empat anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah di Kampung Semuba.

"Mangsa melarikan diri dan meninggalkan motosikal yang ditunggang, dan pasukan kita mendapati dia cuba menyeberangi sungai tersebut, tetapi dihanyutkan arus deras," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamed Adenan Said berkata, mayat dijumpai pekerja menyedut pasir sungai pada jam 10.50 pagi.

"Kita melakukan operasi memecah air di dasar dan hasilnya, mangsa berjaya ditemui berdekatan paip pasir di Sungai Kelantan, berdekatan Kampung Semuba," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved