Khamis, 21 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anugerah suntik semangat

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Anugerah suntik semangat KUALA TERENGGANU - Tiga atlet lumba basikal kebangsaan, Anuar Manan, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa menyifatkan penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Ahli Mahkota Terengganu (AMT) kepada mereka sebagai penyuntik semangat untuk merangkul kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Anuar, 25, berkata, anugerah daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu adalah satu penghargaan yang amat besar buatnya.

Menurutnya, dia amat gembira dihargai baginda dan penghargaan itu adalah satu perangsang semangat untuknya pergi lebih jauh dalam arena lumba basikal.

Manakala, Azizulhasni, 23, pula berkata, pengurniaan darjah itu akan dijadikan perangsang bagi meraih emas di Sukan Olimpik, London tahun depan.

Katanya, dia akan kembali ke Melbourne, Australia dua hari lagi untuk menyambung sesi latihan yang tertangguh selama lima bulan kerana menjalani rawatan pemulihan di Institut Sukan Negara (ISN) berikutan kecederaan betis kirinya ketika beraksi pada Piala Dunia Klasik di Manchester, England, Februari lalu.

"Saya akan berlatih di sana sehingga ke Olimpik dan anugerah hari ini (semalam) adalah pemangkin semangat untuk saya lakukan yang terbaik untuk mendapatkan emas di kejohanan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-49 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

Sementara itu, Fatehah, 22, yang turut berkongsi kegembiraan itu berkata, dia kini giat berlatih di Melbourne untuk persiapan Olimpik dan kejohanan Piala Dunia di Kazakhstan pada November depan.

Menurutnya, anugerah yang diterimanya itu penghargaan paling besar sepanjang hidupnya.

Ketiga-tiga atlet itu adalah antara 17 penerima anugerah AMT daripada Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved