Jumaat, 15 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Wanita 40, makhluk paling anggun

Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT

Baru-baru ini, saya dihubungi seorang kawan lama - perempuan - yang sebaya usia.

Mendengar suaranya dan melihat nombor telefonnya yang asing, spontan terpancul soalan dalam kepala saya, "Makcik mana pulak ni?" Ini kerana suaranya saya dapati seperti suara seorang wanita yang sangat berusia.

Sebaik dia mengenalkan diri, lantas saya membayangkan - sebenarnya membandingkan - wajahnya yang saya kenal dulu dengan suaranya yang sedang saya dengar di telefon. Ya, ada kontradiksi!

Dulu, wajah dan suaranya pernah jadi kegilaan saya dan kawan-kawan. Sekarang, baru suaranya yang saya dengar, wajahnya pula entah bagaimana. Apakah masih cantik seperti dulu? Itu yang saya tertanya-tanya ...

Berhadapan dengan situasi itu, saya teringat kata-kata seorang kawan. Katanya, apabila seseorang lelaki mencapai umur 40, satu perubahan besar yang akan dilalui adalah mengenai pandangannya yang tiba-tiba berubah terhadap wanita.

"Jika sebelum itu, tengok perempuan yang sebaya, dia tidak rasa berbeza sangat dengan mereka. Tapi apabila masuk saja umur 40, pandangan seseorang lelaki kepada perempuan yang sebaya dengannya tiba-tiba akan berubah," katanya.

"Berubah macam mana?"

Dia nampak perempuan yang sebaya ini, seakan jauh lebih berusia daripadanya. Dalam kata lain, wanita yang juga berusia 40 tahun dan ke atas, dilihat lebih terserlah kemakcikan mereka berbanding lelaki," katanya.

"Kau kena tulis pasal tu," dia bagi arahan pula.

"Aku tak beranilah!"

"Sebab apa?" dia bertanya.

"Sebab bini aku pun sebaya dengan aku," kata saya.

"Kah! Kah! Kah!"

"Dan lagi...," katanya. "Pada umur ini, perubahan juga akan dirasa apabila melihat perempuan yang lebih muda."

"Menarik tu ...," saya memintas.

"Jika pada umur 30-an dulu, apabila kau tengok perempuan yang berumur 20, 21, 22 atau yang lebih sedikit pada itu, kau rasa yang kau berbeza sangat dengan depa. Tapi sekarang, apabila umur kau cecah 40, kau akan dapat rasa, apabila kau tengok perempuan yang umur 20-an seakan tak ada beza pula dengan kau," katanya.

"Ishh! Ada ka macam tu," saya cuba mencantas kenyataan yang saya anggap tidak berpijak di bumi itu.

"Kau tak percaya, kau akan rasa juga nanti," katanya, bersungguh-sungguh.

12 Julai lalu, isteri saya cukup syarat untuk jadi ahli Kelab 40. Tiba di rumah jam 12 tengah malam, saya kejutkan dia dari tidur dan hulurkan sejambak bunga ros merah. Saya tak peduli jika dianggap sudah tidak sesuai kerana jika umur lanjut sampai 60 atau 70 nanti pun, saya tetap akan ghairah untuk berikan dia bunga ros merah seperti yang biasa saya beri sejak zaman angau-mengangau dulu lagi. Sebabnya, dalam dunia kami, dia dan saya akan sentiasa muda - setidak-tidaknya pada hati kami - sampai bila-bila.

Berbeza dengan kawan yang saya anggap bawa 'ajaran sesat' itu, saya lihat wanita pada tahap usia 34 hingga 44 tahun adalah kumpulan makhluk yang paling anggun di muka bumi ini.

Pada usia itu, saya anggap mereka berada pada puncak kesepaduan rupa paras yang cantik, digabung dengan kematangan yang semakin terserlah yang daripada kombinasi kedua-duanya, zahirlah penampilan yang anggun.

Ya, wanita 21 hingga 27 bukan tidak cantik tapi pada masa itu, isu kematangan dalam diri mereka masih boleh dipertikaikan. Begitu juga yang berusia 45 tahun ke atas, mungkin matang tapi pada usia itu, kecantikan rupa paras pula semakin pudar.

Jadinya, isu rakan wanita yang saya sangka 'makcik' ketika kali pertama mendengar suaranya menerusi telefon semata-mata persepsi spontan. Apabila kami bertemu kemudiannya, dia ternyata masih cantik dan nampak sangat matang. Jadinya, dia memang seorang yang anggun malah suaranya juga masih sedap didengar.

Cuma barang kali pada hari itu, mikrofon telefonnya atau speaker telefon saya yang rosak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved