Jumaat, 15 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Stor beg jenama tiruan diserbu

Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT

Stor beg jenama tiruan diserbu KUALA LUMPUR – Lain barang yang disyaki, lain pula ditemui. Begitulah keadaan menggambarkan tiga pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor apabila menyerbu sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan 12/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.15 petang itu, pihak PPDNKK menjalankan intipan dan mengesyaki rumah itu dijadikan stor penyimpanan video cakera padat (VCD) cetak rompak tetapi terkejut apabila mendapati ia sebenarnya dijadikan stor simpanan barang tiruan berupa pelbagai jenis beg.

Pengarah Penguat Kuasanya, Othman Nawang berkata, pihaknya menemui kira-kira 30,000 unit beg tiruan bernilai anggaran RM500,000.

Menurutnya, bukan sahaja menemui barang yang mengejutkan itu tetapi pihaknya menahan lima suspek termasuk seorang lelaki berusia 50-an yang merupakan pemilik premis itu manakala empat pekerja itu berusia 18 hingga 23 tahun.

Katanya, pada mulanya pihaknya menyangka ia adalah stor penyimpanan VCD cetak rompak kerana kawalan rapi di premis terbabit malah pintu depannya juga tidak pernah dibuka sembarangan.

"Ketika kejadian, sebuah lori yang berisi muatan tiba bersama pemilik yang turut berada di lokasi itu dipercayai untuk mengira stok baru menjelang musim perayaan.

"Hasil siasatan awal, kami mendapati stok itu diperoleh daripada seorang pembekal di Pulau Pinang yang turut menyeludup barangan itu dari China," katanya.

Pelbagai jenama beg terkenal dirampas antaranya Nike, LV, Coach dan Adidas.

Menurutnya, beg tiruan terbabit dipercayai dijual secara langsung kepada peniaga pasar malam dan peruncit kedai beg di sekitar Lembah Klang.

"Selain itu mereka turut menjual di tapak pasar malam di depan premis ini yang dibuka setiap hari Sabtu dan kita percaya mereka sudah beroperasi lebih tiga tahun lalu," katanya.

Othman berkata, kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu manakala bagi syarikat denda RM250,000 jika sabit kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved