Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Tiada mayat atau tulang dalam ladang Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT Tiada mayat atau tulang dalam ladang
SHAH ALAM – Polis tidak menemui mayat manusia mahupun tulang dalam Ladang Gadong yang dikatakan tempat pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain walaupun mencari bukti dengan menggunakan dua anjing pengesan mayat.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Superintendan Denis Leong Sung Kuai (gambar), 49, pegawai kakitangan Unit Siasatan Khas dari Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berkata, polis meggunakan anjing terlatih berkenaan selepas tidak menemui kesemua mangsa di ladang itu ketika pencarian pada 9 September 2010. "Apabila pengendali anjing melihat reaksi anjing seperti menghidu sesuatu, kami mula menggali. Bagaimanapun, kami tidak menemui mayat atau tulang manusia pada masa itu," katanya pada hari kesembilan perbicaraan kes pembunuhan semua mangsa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Bekas peguam, N Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20; R Matan, 21; dan R Khatavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kama�ruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, di ladang kelapa sawit itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Denis berkata, setelah melakukan siasatan selama dua hari pada 10 dan 11 September 2010, polis tidak menemui mayat atau tulang manusia di tempat itu. Menurutnya, pada 9 September 2010, polis melakukan penggalian dalam ladang, tetapi tidak menemui sebarang bukti. Turut memberi keterangan, Asisten Superintendan Zainol Hisham Abu, 40, dari makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang membantu siasatan pasukan forensik di lokasi penemuan barang kes di Sunga Panchau, Banting, pada 12 September 2010. Menurutnya, serpihan tulang ditemui mungkin hanyut dari tempat lain. Ketua Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) itu berkata, bagaimanapun beliau bukan pakar untuk memastikan asal usul kehadiran serpihan tulang. Perbicaraan bersambung 25 Julai depan. |
Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT Raja Azmi nyaris
tidur lokap
SHAH ALAM – "Saya tidak hadir kerana saya pengsan dan pergi ke hospital untuk pemeriksaan," kata penerbit filem 'dalam botol', Raja Azmi Raja Sulaiman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Raja Azmi dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi perbicaraan dalam satu kes saman, bagaimanapun gagal hadir menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap. Dia ditangkap di rumahnya di Jalan UP 3/1, Taman Ukays Perdana, Ulu Kelang, 9.45 pagi semalam dan dibawa ke hadapan Hakim, Datuk Lim Yee Lan untuk mengemukakan alasan. Dalam alasannya kepada mahkamah, Raja Azmi berkata, doktor memaklumkan dia mengalami masalah mata dan tulang di leher. "Doktor menasihatkan saya untuk berehat dan buat pembedahan. Selepas itu, saya diwadkan selama empat hari," katanya. Bagaimanapun, alasannya itu disanggah Yee Lan kerana ini adalah kali ketiga dia dikenakan waran tangkap akibat tidak hadir prosiding kes sama. "Awak memberikan saya terlalu banyak alasan. Awak adalah saksi penting, tanpa awak perjalanan kes terganggu dan saya terpaksa menangguhkan prosiding beberapa kali. Jelas, awak tidak menghormati mahkamah," kata Yee Lan. Raja Azmi kemudian memberitahu mahkamah, dia tidak dimaklumkan bahawa dirinya sebagai saksi penting kes itu. Pengakuan itu menyebabkan dia sekali lagi ditegur Yee Lan. "Sama ada awak tahu atau tidak (saksi penting), awak perlu datang kerana awak telah dimaklumkan melalui sepina. "Saya tidak boleh lepaskan awak sehingga 22 Julai ini melainkan awak diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin. Pastikan penjamin tahu tanggungjawab mereka untuk memastikan kehadiran awak ke mahkamah," katanya. Yee Lan turut memerintahkan penerbit kontroversi itu direman sehingga 22 Julai ini jika gagal membayar ikat jamin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan terhadap Raja Azmi. Menurutnya, polis mendapat perintah mahkamah (waran tangkap) untuk membawa penerbit berkenaan ke mahkamah. Raja Azmi membayar ikat jamin terhadap pada jam 4 petang semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan