SH |
Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT 'Nak makan pun kena hutang'
BALING - "Nak makan pun kena hutang," kata penasihat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nurhidayah, Ismail Jusof.
Pertubuhan yang baru dilancarkan awal tahun ini menghadapi beberapa kekangan terutama kewangan bagi menampung dua puluh anak-anak yatim dan miskin di situ. Menurutnya, kebanyakan penghuni rumah anak-anak yatim itu berumur dari sembilan sehingga 15 tahun. "Setiap bulan, pertubuhan ini memerlukan RM13,000 untuk menampung kos perbelanjaan harian termasuk kos pengangkutan ke sekolah. "Berikutan dana kewangan yang terhad, pihak pertubuhan terpaksa berhutang untuk membeli bahan mentah untuk anak-anak yatim dan miskin ini," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, dana yang digunakan setakat ini adalah dari sumbangan orang ramai. Ismail yang juga pengasas kepada pertubuhan itu berkata, ideanya untuk membuka pertubuhan anak-anak yatim dan miskin ini adalah kerana ingin membantu golongan perempuan yang terdedah kepada banyak risiko. "Pertubuhan ini dikhaskan pada perempuan adalah kerana ingin membantu golongan ini dari terus hanyut sehingga merosakkan kehidupan mereka," katanya. Dalam pada itu, Ismail turut berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi mengadakan sebarang majlis bersama anak-anak di pertubuhan ini. "Semua ini adalah untuk mengelakkan penghuni di sini berasakan diri mereka tersisih dan tidak mendapat perhatian," katanya. Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin (552040101532) ataupun Bank Islam 02048010050403 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat menerusi 04-4761394 Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan