Jumaat, 15 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis bertindak ringan: Najib

Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT

Polis bertindak ringan: Najib KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata, polis guna tindakan wajar dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.

"Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) dibebaskan selepas lapan jam dan dilayan dengan baik," katanya dalam temuramah dengan CNN di London, semalam, ketika lawatan empat harinya.

"Tiada penggunaan tindakan tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan minimum," katanya.

Najib juga mengetepikan perhimpunan itu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk 'mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik'..

Jamin tiada lagi Bersih

Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT

Jamin tiada lagi Bersih KUALA LUMPUR – Rakyat memerlukan jaminan daripada kerajaan bahawa perhimpunan haram seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu tidak akan berulang lagi.

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, setakat ini, kerajaan dilihat masih berlembut dalam menangani masalah itu yang sekali gus menyebabkan mereka yang berkenaan tidak berasa serik.

"Pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih tegas. Jangan biarkan sama sekali sesiapa yang cuba buat huru-hara. Sikap (lembut) seperti inilah yang menyebabkan ada pihak tidak kisah untuk terus membuat kacau," katanya.

Nik Sapiea berkata, apa yang berlaku Sabtu lalu menyebabkan imej negara terjejas teruk, manakala peniaga pula rugi besar terutama di beberapa lokasi yang berkenaan.

"Rakyat pula hidup dalam ketakutan sepanjang hari itu selain macam-macam masalah lagi yang berpunca daripada perhimpunan haram Bersih," katanya.

Berikutan itu, Nik Sapiea berkata, undang-undang sedia ada perlu digunakan untuk mencegah sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved