Jumaat, 15 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hidangan murah di 124 premis

Posted: 14 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hidangan murah di 124 premis KUALA TERENGGANU – Rakyat di negeri ini kini berpeluang menikmati sarapan pagi semurah RM2 dan makan tengah hari pada harga RM4 di Terengganu melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia yang baru dilancarkan kelmarin.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu, Ghazali@Suhaimi Muhammad berkata, :hidangan pada harga tersebut boleh dinikmati di 124 premis makanan seluruh negeri.

Menurutnya, premis Menu Rakyat 1Malaysia paling banyak beroperasi di kawasan Kuala Terengganu iaitu 40 buah diikuti Hulu Terengganu (26), Marang (20), Dungun (17), Kemaman (8), Setiu (7) dan Besut (6).

"Setiap premis boleh dikenali dengan bunting program yang diletakkan di hadapan kedai masing-masing," katanya pada Majlis Pelancaran Menu Rakyat 1Malaysia di Warung Siang Malam, Gong Badak, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah PPDNKK, Ab Ghani Harun; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Umar Sarim Saidin; Yang Dipertua Persatuan Pengguna Negeri Terenggganu, Mohd Zukee Mohd Ragam dan Pemilik premis Warung Siang Malam, Zamri Ali.

Sarapan pagi berupa roti canai dan teh tarik manakala makan tengah hari pula terdiri daripada nasi, ayam goreng, sayur dan teh O ais.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian masyarakat dengan penglibatan pengusaha premis makanan yang menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum.

"Program ini terbuka kepada semua pengusaha yang berminat dan premis mereka akan disenaraikan di dalam laman web KPDNKK menerusi Portal 1Malaysia Pengguna Bijak untuk memudahkan orang ramai berkunjung," katanya.

Sementara itu, pemilik premis, Zamri berkata, beliau mengambil bahagian pada program Menu Rakyat 1Malaysia itu setelah menyedari bahawa kepentingan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menikmati makanan sebagai mana orang lain.

Menurutnya, dengan harga barangan semakin meningkat maka dengan cara ini sahaja dia dapat membantu masyarakat dalam meneruskan kehidupan dengan menikmati makanan yang sihat dan berkahsiat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved