Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT Lancar mogok lapar
IPOH – Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar bakal melaksanakan 'mogok lapar' mulai semalam sehinggalah dirinya serta lima lagi tahanan lain yang ditahan di bawah Enakmen Darurat (EO) dibebaskan atau dituduh di mahkamah.
Isterinya, R Rani ketika ditemui berkata, dia telah dimaklumkan mengenai hasrat Jeyakumar itu ketika melawatnya kelmarin. Menurut Rani yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pusat, biarpun telah dinasihati untuk tidak meneruskan hasrat itu kerana faktor kesihatan, namun Jeyakumar tetap mahu meneruskannya juga. "Dia (Jeyakumar), juga telah memaklumkan hilang kepercayaan terhadap polis dan menuntut agar Kementerian Dalam Negeri untuk campur tangan dalam hal berkenaan dalam usaha membebaskan dirinya serta lima yang lain atau menghadapkan mereka untuk dibicarakan di mahkamah. "Dia juga ada mendakwa bahawa siasatan berkenaan sia-sia kerana biarpun dirinya telah memberi kerjasama sepenuhnya polis tetap mahu mengungkit kisah lama bagi melanjutkan lagi tempoh tahanan tersebut," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berharap tiada pihak yang membuat spekulasi berhubung perkara berkenaan. Katanya, sehingga ke hari Jeyakumar serta semua tahanan menerima layanan baik yang dilaksanakan mengikut prosedur tahanan. "Perkara ini juga diketahui pihak peguam mereka malah kita benarkan pihak tertentu untuk berjumpa dia ," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |
Empat termasuk dua beranak maut Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT Empat termasuk dua beranak maut
BAGAN SERAI - Empat maut, tiga parah dalam nahas sebuah bas ekspres yang bertembung dengan treler membawa gula dalam kemalangan di Km 201.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, tengah malam kelmarin.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang terbunuh ialah seorang anggota polis, Abdul Shahreer Abu Hassan, 23, anak lelakinya Mohd Fariz Daniel, setahun, yang merupakan penumpang bas, pemandu treler K Supramaniam, 30, dan kelindannya A Yugeswara Rao, 25. Menurutnya, mereka yang parah dikenal pasti sebagai pemandu bas ekspres, Azizi Abdul Rahman dan penumpang bas Foziah Mokhtar yang juga isteri Abdul Shahreer. "Tiga terbunuh di tempat kejadian, manakala Mohd Fariz Daniel disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Taiping, sementara yang parah pula kini dirawat di hospital yang sama," katanya pada sidang media, di sini. Mat Fauzi berkata kejadian berlaku kira-kira 12.35 tengah malam apabila treler yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Butterworth dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan. Treler itu kemudian bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Perlis ke Johor Bahru dengan 30 penumpang. "Akibat rempuhan kuat treler tersebut, tiga penumpang tercampak keluar," katanya. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu hingga menyebabkan kematian. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan