SH |
Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT Penternak tuntut ganti rugi
PADANG RENGAS – Seorang penternak ikan, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM12,000 apabila lebih 1,000 ikan Tilapia ternakannya mati akibat bekalan elektrik terputus hampir lima jam, dua hari lepas.
Mohd Zahiruddin Ahmad Jabidi, 35, berkata, kejadian itu menyebabkan proses mengepam air dan putaran oksigen di kolam ternakannya terhenti, sekali gus membawa kepada kemusnahan hasil ternakannya, termasuk 40 kilogram anak ikan tilapia. Menurut Zahiruddin, kejadian kali ini merupakan kali ketiga dialami semenjak dia mula menceburkan diri dalam bidang penternakan ikan Tilapia dan dia terpaksa membuang sahaja ikan-ikan yang mati. "Lebih menyedihkan, semua ternakan yang mati itu adalah untuk simpanan pendapatan saya sepanjang bulan Ramadan, dan perusahaan ternakan ikan tilapia ini merupakan satu-satunya punca pendapatan saya. "Segala usaha dan titik peluh saya musnah dalam sekelip mata sahaja dan ini sangat menyukarkan, tambahan saya kini sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah melalui program Pengajian Jarak Jauh (PJJ), manakala isteri dan anak berada jauh di Pahang," katanya ketika ditemui di Kampung Paya Panjang, di sini, kelmarin. Zahiruddin memaklumkan bahawa dia tidak mendapat sebarang notis daripada pihak berkenaan sebelum bekalan elektrik terputus menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk membuat persediaan. Katanya, dia merasa terkilan dengan sikap pihak bertanggungjawab berhubung kejadian berkenaan dan ingin memohon ganti rugi atas kerugian yang ditanggungnya. "Bekalan elektrik terputus kira-kira jam 11.30 pagi dan selepas itu saya telah membuat tiga kali panggilan kepada pihak berkenaan, namun tidak mendapat sebarang respons. "Mereka hanya menghubungi saya kembali selepas tiga kali panggilan berkenaan dan memaklumkan saya untuk datang melihat sendiri keadaan ikan yang sudah mati, namun sehingga petang saya tak nampak langsung kelibat mereka," katanya. Menurutnya, dia tidak boleh membiarkan ikan yang mati itu terlalu lama kerana ia akan mendatangkan kemarahan penduduk sekitar apabila mengeluarkan bau busuk, apa lagi jumlah ikan yang mati itu mencecah satu tan. "Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan ganti rugi untuk kejadian-kejadian sebelum ini, namun kali ini, saya harap pihak berwajib dapat mempertimbangkan keadaan dan kerugian saya serta membayar ganti rugi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan