Jumaat, 29 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja maut, dua parah

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Remaja maut, dua parah PASIR MAS – Seorang bapa tidak dapat menahan kesedihan apabila anak lelaki tunggalnya, Hassan Basri Mohd Zafry, 13, maut dalam kemalangan di Kampung Hutan Cengal jam 9.40 malam kelmarin.

Isterinya, Kamariah Mahmood, 47, berkata, dia dan suami seakan tidak percaya kejadian tersebut menimpa anak mereka, memandangkan arwah anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum keluar rumah.

Menurutnya, mereka hanya mengetahui kejadian tersebut pada jam 9.15 malam apabila rakan anaknya datang ke rumah.

"Kami bergegas ke tempat kejadian, namun tidak sempat untuk menyelamatkannya memandangkan kecederaan yang dialami terlalu serius.

"Kali terakhir saya melihatnya, adalah sejurus sebelum Isyak, lebih kurang jam 8.30 malam dan ditegur neneknya agar solat terlebih dahulu.

"Dia hanya memberitahu saya yang dia mahu keluar bersama rakannya, dan mungkin mereka mahu ke pusat siber berdekatan rumah," katanya kepada Sinar Harian, ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kemalangan membabitkan dua motosikal jenis Honda EX5.

Beliau berkata, Hassan berasal dari Kampung Gaung, Tendong manakala Muhd Afiruddin Che Hamid, 13, dan Redzuan Yusoff, 22, parah dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal EX5 yang ditunggang oleh Hassan bersama rakannya, Afiruddin dari arah Tendong ke Bunut Susu membuat pusingan U namun bertembung dengan Redzuan dari arah bertentangan.

"Perlanggaran menyebabkan Hassan terpelanting dan dilanggar oleh kenderaan lain, manakala Redzuan patah bahu dan tangan kanan.

"Saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved