Jumaat, 29 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bekalan air membimbangkan

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bekalan air membimbangkan SHAH ALAM - Jumlah pembekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak cukup untuk menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat dan keadaan ini dilihat sangat membimbangkan.

Ketua Pegawai Operasi, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Datuk Ir Lee Miang Koi berkata, jumlah kapasiti pengeluaran bagi 33 Loji Rawatan Air di ketiga-tiga kawasan pada masa kini hanyalah 4,326 juta liter sehari (JLH).

"Purata permintaan pada masa kini pula mencapai 4,197 JLH menjadikan jumlah keseluruhan rizab margin adalah hanya pada kadar tiga hingga lima peratus bergantung pada variasi harian.

"Sekiranya dilihat dari sudut kadar pertumbuhan populasi yang direkodkan pada tahap 3.5 peratus setahun sepanjang enam tahun lepas bermula dari 2005 sehingga 2010 dan keadaan ini adalah amat membimbangkan," katanya ketika sidang media selepas Majlis Meja Bulat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai situasi semasa keadaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini semalam.

Menurutnya, kadar pertumbuhan populasi ini akan meningkat secara berterusan selaras dengan perkembangan di kebanyakan negeri yang membangun.

"Dengan keadaan rizab bekalan air yang sangat kurang, kemungkinan berlaku masalah kekurangan bekalan air di negara ini tidak dapat dinafikan.

"Hakikatnya pada masa ini, kawasan sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, Selatan Kuala Lumpur dan juga Klang mula mengalami kekurangan bekalan air," katanya.

Miang Koi berkata, Syabas sedang menghadapi kesulitan untuk menampung keperluan bekalan air terutama selepas berlaku gangguan iaitu untuk memulihkan kembali bekalan, kerana rizab kapasiti yang terhad dan keperluan puncak meningkat akibat gangguan tersebut.

Beliau menjelaskan, beberapa loji air dipaksa beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk asal sejak beberapa tahun lalu tanpa henti bagi menampung keperluan pengguna.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason berkata, Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bekerjasama untuk mengelakkan krisis air yang berpotensi menjadi lebih teruk pada tahun 1998.

"Kita akan menyerahkan memorandum kepada kedua-dua pihak serta pihak berkuasa tempatan bagi memastikan langkah positif diambil untuk menangani kekurangan bekalan air di ketiga-tiga kawasan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved