SH |
Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT Amah bukan mati didera
GEORGETOWN - Polis menafikan kematian seorang pembantu rumah warga Kemboja yang mayatnya ditemui terbaring di belakang rumah majikannya di Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pada 17 Julai lalu akibat perbuatan jenayah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, dakwaan laporan yang disiarkan dalam sebuah laman web berhubung kes kematian pembantu rumah terbabit adalah akibat dipukul dan didera majikannya tidak tepat sama sekali. Katanya, dakwaan portal berita itu yang turut menuduh polis menutup mulut selepas menerima rasuah daripada majikan mangsa juga tidak benar. Mohd Nasir berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa, Choy Pich, 22, oleh pakar patologi di Hospital Kepala Batas mendapati kematian mangsa disebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonitis. Selain itu, katanya laporan itu turut menafikan wujudnya sebarang kesan penderaan terhadap mangsa selain kesan lebam di bahagian pipi akibat rebah di lantai sebelum mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. "Hasil temu bual pihak polis bersama beberapa saksi termasuk majikan, jiran, pihak agensi dan pengusaha kedai (tempat mangsa membeli barang) juga menunjukkan dia tidak pernah memberitahu mereka pernah dipukul atau didera majikan. "Oleh itu, laporan yang disiarkan itu adalah tidak betul sama sekali termasuk tohmahan yang mengatakan polis telah menerima rasuah daripada majikannya," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam. Mohd Nasir berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedutaan Kemboja, dan pihak kedutaan Kemboja turut berpuas hati dengan penjelasan polis berhubung punca kematian wanita terbabit yang baru bekerja di rumah majikannya itu selama lima bulan. Bagaimanapun, Mohd Nasir memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan termasuk memanggil wartawan terlibat untuk menyiasat sumber berita yang diperolehnya itu. "Pihak hospital juga ada mengambil beberapa spesimen daripada anggota badan mangsa untuk pemeriksaan sama ada mangsa mengalami keracunan. Kita sedang tunggu laporan itu sebelum kertas siasatan disiapkan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan