Jumaat, 29 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nenek dihempap lori treler

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nenek maut dihempap lori treler KULAIJAYA – Seorang nenek maut dalam keadaan tragis dan menyayat hati apabila kereta yang dinaiki bersama suaminya dihempap lori treler dalam nahas yang berlaku di Kilometer 49 arah Johor Bahru-Air Hitam, jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian yang berlaku berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Sedenak, di sini menyebabkan mangsa yang berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya berusia 76 tahun mengalami cedera parah.

Nahas itu turut menyebabkan kereta lain dari arah bertentangan terbalik setelah lori treler berkenaan terbabas lalu melanggarnya dan ternaik ke atas kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan yang membabitkan lori dan dua kereta itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Sunny dari bahu jalan tiba-tiba masuk ke laluan utama.

"Kereta berkenaan yang dipandu suami mangsa dari arah Air Hitam ke Kulaijaya berada pada bahu jalan dan masuk ke jalan raya secara tiba-tiba.

"Situasi itu menyebabkan lori yang datang dari arah belakang terlanggar kenderaan mereka dan kedua-duanya terbabas ke kanan lalu melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang berada di laluan bertentangan," katanya.

Zulkefly berkata, pemandu lori dan Honda City berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan manakala suami mangsa yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved