Isnin, 25 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Presiden Takaful Ikhlas terima Anugerah Kepimpinan Global 2011

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Presiden Takaful Ikhlas terima Anugerah Kepimpinan Global 2011

KUALA LUMPUR -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman menerima Anugerah Kepimpinan Global 2011 daripada The Leaders Magazine, yang disokong oleh Persatuan Kepimpinan Amerika.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini Syed Moheeb berkata anugerah itu merupakan perakuan yang sangat bermakna baginya."Perakuan ini wajar dikongsi bersama para pelanggan, ejen dan petugas Takaful Ikhlas yang banyak memberi sokongan kepada saya.

"Kejayaan ini memperkukuh semangat saya untuk lebih berdedikasi dan bekerja keras bagi meningkatkan status Takaful Ikhlas sebagai perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berlandaskan nilai dan prinsip Syariah," katanya.

Syed Moheeb sudah membabitkan diri dalam industri insurans dan takaful selama 36 tahun dan sudah mengetuai pelbagai syarikat insurans langsung dan insurans semula di peringkat tempatan dan multinasional. -- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

60, 000 pengusaha belum daftar semula dengan SPAD

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

60, 000 pengusaha belum daftar semula dengan SPAD

KUANTAN -- Sebanyak 60,000 pengusaha pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia yang belum berdaftar semula dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta berbuat demikian segera sebelum lesen mereka terbatal dengan sendirinya.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata mereka hanya ada masa dua bulan lagi untuk mendaftar semula dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir pada 30 Sept.

"Tinggal dua bulan lagi kita nak daftar semula 60,000 pengusaha pengangkutan awam dan setakat ini yang sudah daftar semula hanyalah 25 peratus atau 25,000 pengusaha," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 150 pengusaha pengangkutan awam darat, di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh pendaftaran semula itu tidak akan dilanjutkan."Saya tidak fikir kita perlu lanjutkan tarikh akhir kerana pengusaha ini akan tangguhkan lagi pendaftaran semula, mereka akan tunggu lagi sehingga tarikh akhir...jadi perkara itu bukan soal perbincangan sekarang.

"Sekarang mereka kena lihat pada kesan buruknya nanti iaitu lesen mereka akan terbatal kerana tindakan mereka sendiri, bukan sebab kita yang batalkan jadi adalah lebih baik kita tidak bercakap tentang kemungkinan untuk lanjutkan tarikh akhir," katanya.

Beliau berkata pendaftaran semula juga membolehkan SPAD mengemaskini segala maklumat pelesen yang diperlukan seperti alamat, nombor telefon, umur, jangka hayat lesen pengusaha sekaligus meningkatkan kawal selia serta memudahkan transformasi industri pengangkutan awam darat di negara ini.

Syed Hamid berkata walaupun pelbagai saluran digunakan SPAD untuk menggalakan pengusaha berdaftar semula seperti media cetak dan elektronik, masih ramai yang gagal berbuat demikian atas beberapa faktor seperti takut akan dikenakan tindakan kerana tidak menjalankan sendiri perniagaan itu.

Beliau berkata pengusaha itu tidak perlu berasa takut kerana pihaknya akan menangani masalah yang dihadapi mereka sebaik mungkin.

"SPAD pergi ke setiap negeri untuk atasi masalah mereka, saya fikir sama ada mereka jalankan sendiri atau tidak perniagaan itu mereka tetap kena daftar cuma selepas ini mereka kena tukar corak atau cara dia jalankan perniagaan itu," katanya. -- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved