SH |
Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT Dibelasah 5 pelajar
KUALA TERENGGANU- Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di sini berhadapan detik mencemaskan apabila dibelasah sekumpulan pelajar Tingkatan Lima dalam satu kejadian pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Daniel Azizi Abdullah, 15, dari Kampung Losong Hj Mat Shafie, di sini, bukan sahaja ditumbuk pada muka, malah turut ditendang pada perut dan di belakang badan serta dibaling dengan kerusi kayu oleh kumpulan berkenaan, dipercayai didalangi kira-kira lima pelajar. Akibat tindakan itu, anak sulung daripada dua beradik itu bengkak pada mata sebelah kiri dan lebam-lebam seluruh badan. Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohammad Daniel Azizi berkata, sebelum kejadian, dia didatangi seorang pelajar Tingkatan Lima yang tidak dikenali ke kelasnya sejurus tamat waktu perhimpunan pagi di sekolah. "Pelajar itu terus menarik tangan saya dan membawa ke sebuah kelas lain. Setibanya di muka pintu kelas berkenaan, saya terus ditendang dari belakang lalu tersungkur jatuh. "Ketika itu juga, saya ditendang di perut oleh empat lagi pelajar yang sedia menunggu di dalam kelas itu. Malah, mereka juga telah membaling kerusi ke badan saya tanpa simpati," katanya ketika ditemui, semalam. Mohammad Daniel Azizi berkata, dia tidak tahu motif sebenar pelajar terbabit sanggup bertindak sedemikian kerana sebelum ini, dia tidak pernah mengenali mereka, malah untuk mencari 'masalah', jauh sekali. "Bagaimanapun saya percaya perbuatan mereka ada sangkut paut dengan kes cincin pemberian ibu saya yang telah diambil sebelum ini oleh rakan sekelas, yang juga adik kepada salah seorang daripada kumpulan pelajar itu. "Disebabkan dia enggan menyerahkan cincin itu semula, saya minta dia menggantikan dengan membayar wang sebanyak RM20, dan mungkin dia telah menceritakan perkara itu kepada abangnya lalu mereka terus bertindak memukul saya," katanya. Bimbang akan keselamatannya selepas ini, keluarga Mohammad Daniel Azizi telah membuat laporan polis di balai polis daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 1 tengah hari semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan