Isnin, 25 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pertahankan inkuiri Orang Asli

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pertahankan inkuiri Orang Asli KUALA LIPIS - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta supaya mana-mana pihak tidak mempolitikkan penubuhan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli di negara ini.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, penubuhan inkuiri itu bertujuan menyelesaikan masalah nasional berkenaan hak Orang Asal dan Asli.

"Kita harap tidak ada pihak yang mempolitikkan perkara ini, hak asasi manusia sepatutnya tidak patut dipolitikkan, ini kerana ia berkaitan hak rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Konsultasi Inkuiri Nasional Suhakam mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli yang dihadiri masyarakat Orang Asli di Pos Betau dan sekitarnya di sini kelmarin.

Hadir sama dalam majlis berkenaan Pesuruhjaya Suhakam Jannie Lasimbang dan Muhammad Sha'an Abdullah.

Hasmy berkata, Suhakam menubuhkan inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asal dan Asli berikutan peningkatan jumlah aduan serta memorandum mengenai isu tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, pencabulan pelbagai bentuk mengenai isu tanah tersebut sudah lama berlaku secara berterusan sehingga menjejaskan hak masyarakat tersebut.

"Inkuiri itu akan mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara komprehensif dan mengesyorkan langkah penyelesaian sesuai terhadap masalah ini," katanya.

Hasmy berkata, Suhakam menjangkakan laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah Orang Asal dan Asli yang sedang dijalankannya dapat

disiapkan pada pertengahan tahun depan.

Menurutnya, laporan itu yang turut mengandungi syor penyelesaian bagi jangka masa panjang, sederhana serta pendek akan diserahkan kepada Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada tempoh berkenaan.

"Kita akan membuat cadangan dan syor untuk menyelesaikan masalah ini dan Suhakam tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak," katanya.

Hasmy berkata, Suhakam akan membuat kajian mengikut kelompok isu melalui rakaman, aduan dan maklumat yang diberikan oleh masyarakat Orang Asal dan Asli kepada suruhanjaya itu.

Menurutnya, Suhakam akan mengadakan Forum Pendengaran Awam yang akan dijalankan seperti proses di mahkamah dan perlu mengangkat sumpah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved