SH |
Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT Lagak polis tumpas
KOTA BHARU - Tindakan licik seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan polis untuk tujuan penipuan akhirnya tumpas apabila dia ditahan di Jalan Long Yunus, Khamis lalu.
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, lelaki yang berasal dari Miri, Sarawak itu, menggunakan gelaran 'ASP Datuk Kadir' untuk menipu mangsa dengan berjanji untuk melepaskan dari tangkapan serta terlibat transaksi pembelian emas. "Lelaki itu ditahan kira-kira jam 3 petang, bersama kenderaan Toyota Alphard yang disewanya. "Ketika ditahan dia hanya berpakaian biasa dan hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis barangan penyamaran sebagai anggota polis antaranya pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM), lencana dan pangkat PDRM, gari dan tali pinggang polis," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata, selain barangan penyamaran polis, turut dirampas dalam kenderaan itu ialah wang tunai RM2,619, yang diletakkan dalam sekeping sampul surat. Azham berkata, ketika rampasan dilakukan di rumahnya, turut dijumpai gambar berpakaian lengkap polis selain dikatakan pernah ke beberapa ibu pejabat polis bagi meyakinkan mangsa supaya mempercayai dia sebagai anggota polis. "Dengan peralatan lengkap polis seperti baju dan lencana, mangsa akan diperdaya. Ada kalanya mangsa tidak membuat laporan polis kerana mereka sendiri yang bersalah dengan menggunakan konsep 'menang-menang','" katanya. Azham berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu memiliki sepuluh rekod jenayah lampau dalam kes yang sama di ibu negara dan baru beberapa bulan dibebaskan. Katanya, lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari dan dilanjutkan serta disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis, 170 Kanun Keseksaan dan 420 Kanun Keseksaan. "Polis meminta kerjasama orang rama, termasuk mereka yang terpedaya dengan lelaki berkenaan tampil beri maklumat bagi menyelesaikan kes tersebut," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan