SH |
Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT Abdullah takut tengok wanita
AIR PUTEH – 'Dia akan berlari jika terjumpa atau dikunjungi mana-mana wanita ke rumahnya' itulah cerita beberapa penduduk di sekitar Kampung Paya Mak Inson Lama mengenai keunikan seorang warga emas di kampung itu kepada wartawan Sinar Harian semalam.
Abdullah Chin, 74, tidak pernah mendirikan rumah tangga menyebabkan dia hidup seorang diri di dalam hutan memandangkan kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia sekian lama. Sinar Harian terpaksa berjalan masuk ke tempat tinggalnya kira-kira 500 meter daripada jalan utama bagi menemui warga emas itu sambil ditemani beberapa penduduk kampung yang menghubungi Sinar Harian bagi memaklumkan perkara itu. Sinar Harian difahamkan beberapa penduduk kampung yang bersama Sinar Harian ketika itu bahawa Abdullah masih takut untuk menemui mana-mana wanita yang mengunjungi rumahnya walaupun jiran kawasan itu menyebabkan penduduk kawasan itu terpaksa turut serta dalam kunjungan ini kerana bimbang Abdullah akan melarikan diri. Namun bertuah bagi seorang jiran, Asmah Hasyim, 52, yang satu-satunya wanita yang boleh menemui Abdullah di rumah itu memandangkan Asmah adalah kenalan Abdullah sejak kecil lagi menyebabkan warga emas itu tidak malu atau melarikan diri jika dikunjungi rakannya itu. Ketika ketibaan Sinar Harian di rumah itu, kelihatan Abdullah sedang menjamu hidangan tengah hari dan beberapa penduduk kampung segera memaklumkan mengenai kehadiran wartawan supaya Abdullah tidak malu atau melarikan diri. Sikap luar biasa MENURUT Asmah, Abdullah mempunyai sikap luar biasa terhadap wanita sejak usia muda lagi, namun dia lega kerana Abdullah tidak pernah melarikan diri ketika dia mengunjungi rumahnya. "Hanya saya seorang sahaja yang sering datang menjenguk dia (Abdullah) di sini kerana dia tidak mempunyai keluarga atau saudara mara menyebabkan saya bersimpati terhadap dirinya. "Sikap takut dan malu kepada wanita itu sudah diketahui oleh semua penduduk kampung kawasan ini menyebabkan jiran-jiran lain tidak mahu datang ke rumahnya kerana setiap kali mereka datang dia pasti akan melarikan diri," katanya. Asmah berkata, sikap takut kepada wanita itu kemungkinan terjadi ketika penduduk kampung berusaha mencari jodoh untuknya ketika muda dan sejak itu sikap takut kepada golongan wanita semakin jelas dilihat. "Saya melihat Abdullah akan tunduk ketika menaiki basikal ke tempat kerja satu masa dahulu dan kini jika mana-mana wanita yang datang ke rumahnya pasti dia akan melarikan diri. "Saya akan segera ke rumahnya jika mendapati mana-mana wanita berjalan menuju ke rumahnya supaya saya boleh memaklumkan lebih awal mengenai sikap Abdullah kepada mereka itu bagi memastikan mereka boleh menemui Abdullah jika saya turut berada di rumah itu," katanya. Perlu bantuan JKM KEHIDUPAN Abdullah sebatang kara di dalam hutan itu menyebabkan beberapa penduduk kampung begitu bersimpati terhadap keadaannya yang tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah itu. Abdullah memaklumkan bahawa sebelum ini dia terpaksa bekerja mengambil upah memotong rotan untuk menampung keperluan hariannya di rumah itu memandangkan dia tidak mempunyai sumber pendapatan lain. "Saya menetap di hutan itu lebih 50 tahun di sebuah pondok usang namun atas simpati jiran mereka membantu dengan cara gotong-royong membina rumah ini sejak 10 tahun lalu. "Saya akan menggunakan basikal untuk pergi ke mana-mana dan tempat kerja yang jarak lebih 10 kilometer daripada rumah, namun disebabkan faktor usia yang semakin meningkat dan masalah kesihatan akibat dipatuk ular di bahagian tangan seminggu lalu, menyebabkan saya hilang sumber pendapatan," katanya. Katanya, pendapatan kurang RM10 sehari yang diperolehnya ketika bekerja dahulu digunakan sedikit demi sedikit untuk menampung keperluan dirinya di rumah itu sambil dibantu Asmah yang sering mengunjunginya bagi bertanya khabar dan menghantar makanan. "Saya akan memasak nasi sendiri dan akan memasak ikan masin sebagai lauk, namun kadangkala Asmah akan datang menghantar masakan ikan segar kepada saya. "Lebih dua bulan saya tidak lagi bekerja dan hanya menghabiskan hari-hari saya di rumah ini sambil bercucuk tanam, namun jika sunyi saya akan mendengar radio yang menjadi teman saya," katanya. Sementara itu, Asmah berkata, dia berharap pihak berkenaan dapat meluluskan permohonan bantuan bulanan Abdullah kerana pada masa kini warga emas itu begitu memerlukan bantuan berbanding sebelum ini Abdullah enggan memohon bantuan daripada pihak berkenaan kerana masih mampu bekerja walaupun diminta jiran berbuat demikian. Tiada bekalan air, elektrik SUDAHLAH menetap seorang diri di pinggir hutan, namun terpaksa bermalam di rumah itu dengan bergantung kepada cahaya pelita kerana rumahnya itu tidak dibekalkan elektrik menyebabkan dia sentiasa takut, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana memahami dirinya serba kekurangan. Difahamkan lagi, Abdullah hanya bergantung kepada bekalan air perigi sejak menetap di situ kerana kemudahan air paip turut tidak diperoleh di rumahnya itu. Dalam lawatan itu, Sinar Harian turut dimaklumkan penduduk bahawa Abdullah tidak pernah dilawati mana-mana pemimpin atau wakil rakyat kawasan itu kerana memahami kemungkinan kehidupan Abdullah di hutan itu tidak diketahui pihak berkenaan memandangkan dia tidak pernah mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) sejak usianya meningkat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan