Isnin, 25 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bekas anggota polis maut

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bekas anggota polis maut IPOH – Seorang bekas anggota polis yang parah selepas dibelasah dengan batu-bata dan kerusi oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah restoran di Taman Desa Pakatan di sini, Sabtu lalu meninggal dunia kelmarin.

S Sunther, 50, disahkan meninggal dunia kira-kira 8.15 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dimasukkan lebih 24 jam kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi, mangsa yang minum sendirian didatangi oleh sekumpulan lelaki dan berlaku pertikaman lidah di situ.

Bagaimanapun, mangsa sempat melarikan diri kira-kira 10 meter dari kawasan berkenaan namun berjaya ditangkap yang kemudian terus dipukul beberapa kali.

Anak lelakinya, S Yoges, 21, berkata, dia menerima panggilan dari orang ramai yang menyatakan ayahnya belasah oleh sekumpulan lelaki tidak jauh dari restoran berkenaan.

"Tiba di tempat kejadian, saya jumpa ayah terbaring tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah. Dengan bantuan beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), kami menghantar ayah ke hospital. Sebelum itu, ayah ada beritahu untuk minum di kedai berkenaan," katanya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias berkata, ekoran kejadian tersebut, polis berjaya menahan dua lelaki di sekitar kawasan Taman Lapangan di sini bagi membantu siasatan kes.

"Suspek berusia 30 dan 18 tahun itu kini direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

"Motif pembunuhan masih disiasat. Usaha mengesan dan tangkapan sedang dijalankan setelah empat suspek lain dikenal pasti. Selepas siasatan lengkap, suspek akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved