SH |
Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT Misteri bau busuk
PASIR MAS – Misteri bau busuk sejak beberapa hari lalu, akhirnya terjawab, berikutan penemuan mayat seorang warga emas dalam keadaan berulat di Kampung Kubang Panjang, di sini, pagi semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Mangsa, Mat Zin Mat Kit ,71, kali terakhir dilihat sepupunya, Mohd Shamsudin Noor, 52, pada Sabtu lalu, sebelum ditemui dalam keadaan duduk di kediaman yang didiami sejak 1997. Menurutnya, dia mendapat maklumat yang mangsa tinggal sendirian dan belum berkahwin itu ketika berada di kedai kopi kampung itu dan kemudiannya bergegas ke rumah mangsa. "Selepas berbincang dengan penduduk kampung, kami mengambil keputusan masuk ke rumah arwah menerusi pintu belakang rumahnya. "Sebaik masuk ke rumah berkenaan, arwah ditemui dalam keadaan duduk dan menongkat kedua-dua tangan ke lantai," katanya kepada pemberita di pekarangan Bilik Mayat, Hospital Daerah Pasir Mas, semalam. Mohd Shamsudin berkata, walaupun tidak tinggal bersama mangsa, tetapi setiap hari dia akan bertemu arwah di kedai kopi kerana itulah rutin hariannya Menurutnya, dia tidak dapat membawa arwah tinggal bersamanya kerana dia mempunyai keluarga yang besar. "Walaupun begitu, saya sering bertanya khabar arwah dari penduduk Kampung dan sering berjumpa dengannya di dua kedai kopi yang sering dikunjunginya, jika tiada wang, dia akan minta. "Sebenarnya Sabtu lalu kali terakhir saya berjumpanya, ketika bercakap dengan arwah, dia jawab acuh tak acuh sahaja, tetapi itulah tabiatnya, kadang kala dia banyak cakap kadang kala dia diam," katanya. Mohd Shamsudin berkata, walaupun telah beberapa hari tidak menemui arwah, tetapi dia tidak mengesyaki apa-apa memandangkan ketika membawanya ke klinik swasta awal tahun lalu doktor memberitahunya penyakit darah tinggi arwah telah pulih. Menurutnya, beliau hanya mengesyaki perkara buruk menimpanya setelah diberitahu tentang bau busuk dari arah rumahnya oleh penduduk kampung kira-kira jam 10.20 pagi semalam. "Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Mengelong sebaik sahaja bedah siasat selesai dijalankan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan warga emas itu mati mengejut dan tiada unsur jenayah. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan