Rabu, 20 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Panggilan dianggap gurauan

Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT

Panggilan dianggap gurauan KAMPUNG KURNIA JAYA – Panggilan telefon daripada adik ipar berhubung kebakaran rumah kira-kira jam 8.40 malam kelmarin, dianggap sebagai satu gurauan sehingga mangsa melihat sendiri kejadian yang meranapkan keseluruhan rumahnya.

Siti Fauziah Abdullah, 44, berkata, pada hari kejadian, dia membuat kerja lebih masa dan pulang lewat daripada kebiasaannya memandangkan mesin di kilangnya rosak.

Menurutnya, adik ipar yang menghubunginya mengatakan rumahnya terbakar dianggap sebagai gurauan sehingga dia melihat sendiri kejadian itu.

"Ketika diberitahu saya sedang menunggu suami untuk pulang ke rumah, bagaimanapun setelah sampai ke rumah semuanya telah musnah dijilat api.

"Bayangkan rumah yang telah diduduki sejak 27 tahun yang lalu musnah dalam sekelip mata," katanya semalam.

Katanya, dia bersyukur kerana dua anak yang baru balik daripada mengaji tidak berada di rumah kerana ke rumah nenek yang bersebelahan dengan rumah mereka.

"Kejadian ini akan dikenang sampai bila-bila tambahan pula, hanya seminggu lagi umat Islam akan mula berpuasa.

"Sebelum ini, jika ada sebarang kebakaran atau kematian, sayalah orang pertama yang memungut sumbangan daripada kawan-kawan di kilang untuk diberikan kepada mangsa, tetapi bila tiba pada diri sendiri, saya panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.

Siti Fauziah berkata, dia redha dengan dugaan yang diberikan Allah kepadanya sekeluarga, buat masa sekarang dia tinggal di rumah milik keluarganya untuk sementara waktu.

Terkejut lihat percikan api

Seorang saksi, Norizan Khamis, 47, berkata, dia tinggal agak jauh dari rumah Siti Fauziah, bagaimanapun dia ke rumah jiran yang tinggal bertentangan dengan rumah mangsa.

Menurutnya, dia yang terkejut melihat percikan api selain terdengar bunyi letupan di bahagian belakang rumah mangsa, segera menelefon bomba.

"Api sangat marak, kami tidak sempat untuk membantu menyelamatkan barang-barang mangsa.

"Penduduk yang ada pula cuba membasahkan rumah sebelah supaya api tidak merebak ke sana," katanya.

Teringat adik-adik

Bagi anak, Wan Yusriffa Wan Hassan, 23, berkata, ketika pulang ke rumah, dia terlihat ramai orang, pada masa yang sama melihat api sedang marak.

Katanya, dia tidak dapat mengagak sama ada rumahnya atau rumah jiran yang terbakar.

"Saya segera lari masuk ke kawasan kebakaran kerana teringatkan adik-adik berada di dalam tetapi telah dihalang dan mereka memberitahu adik saya selamat," katanya.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Wan Mohd Izdiham Wan Hassan, 10, berkata, selepas balik mengaji, dia masuk ke rumah tetapi sekejap sahaja kerana kakaknya telah ke rumah nenek untuk melihat telefon bimbit baru ibu saudaranya.

Katanya, disebabkan takut tinggal bersendirian, dia juga turut serta dan selepas itu terdengar suara orang menjerit apabila ternampak api.

"Masa saya keluar api sudah besar, saya hendak masuk mengambil buku sekolah tetapi tirai yang berada di pintu masuk juga terbakar.

"Saya hanya melihat sahaja. Saya takut dan menggelabah tidak tahu apa yang hendak buat," katanya.

Berjaya kawal api 15 minit

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguatkuasa Bomba, Halid Md Zin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.51 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

Menurutnya, keadaan rumah ketika itu telah terbakar hampir 80 peratus, dengan lapan anggota termasuk Ketua Balai bersama sebuah jentera, pihaknya dapat mengawal api dalam masa 15 minit dan padam sepenuhnya jam 10.21 malam.

"Operasi berjalan lancar dan pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, beliau turut menyeru orang ramai yang berdepan dengan kebakaran di sekitar Kamunting dinasihatkan untuk menelefon Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting di talian 05-891 2732 atau 05-891 2322.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved