SH |
Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT Mangsa kebakaran kecewa
KUALA LUMPUR – Seramai 12 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Chubadak Jaya, Sentul pada 12 Julai lalu kecewa apabila tawaran unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diterima sekadar atas kertas tetapi tidak direalisasikan.
Ia berikutan, mereka yang ditawarkan ini masih tidak dapat menduduki unit berkenaan kerana mendakwa rumah yang ditawarkan masih berada dalam keadaan tidak sesuai diduduki dan pihak Pejabat Kecil Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan ia memerlukan kerja pembaikan yang memakan masa kira-kira dua minggu. Lebih membebankan apabila bantuan makanan yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah diberhentikan hujung minggu lalu membuatkan kesemua mangsa terpaksa memperuntukkan perbelanjaan tinggi untuk membeli makanan. Pengerusi Persatuan Penduduknya, Samsudin Shah Saad berkata, perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang menjadi mangsa memerlukan penempatan semula dengan segera. Menurutnya, DBKL sepatutnya membaiki unit ditawarkan terlebih dahulu sebelum menawarkannya. "Setelah menerima surat tawaran Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk S Saravanan pada 13 Julai lalu, penduduk dimaklumkan bahawa mereka boleh berpindah masuk dalam tempoh 48 jam. "Bagaimanapun, apabila kebanyakan mereka yang menerima tawaran melihat keadaan unit yang ditawarkan, ternyata kerosakannya sangat teruk sehinggakan ada unit yang tidak ada pintu," katanya kepada Sinar Harian. Samsudin berkata, beliau berharap perkara tersebut dapat diselesaikan segera memandangkan penduduk yang terjejas juga sudah tidak mendapat bantuan makanan. "Saya juga berharap sekiranya JKM dapat menghulurkan bantuan makanan semula kepada penduduk sehingga mereka semua dapat memasuki unit ditawarkan," katanya. Sementara itu, seorang penduduk, Kamaria Kadir, 57, turut meluahkan rasa terkilan berikutan perkara yang menimpa mereka. Menurutnya, dia tertekan dengan keadaan terbabit apabila mereka 12 keluarga yang terdiri daripada 57 penghuni termasuk sembilan kanak-kanak terpaksa bersesak dalam dewan. "Di sini, bercampur lelaki dan perempuan, terpaksa naik dan turun bangunan untuk menggunakan kemudahan tandas kerana tandas di atas hanya ada satu.," katanya. Dalam pada itu, Sinar Harian cuba menghubungi Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman untuk mendapatkan maklum balas lanjut namun gagal dan difahamkan sedang bercuti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan