SH |
Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT Buang BAYI atas bonet
KOTA TINGGI – Seorang bayi lelaki dijumpai atas bonet kereta dalam keadaan tubuhnya dibaluti baju sejuk dipercayai dibuang sepasang kekasih di Felda Sungai Mas pada 14 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, bayi seberat tiga kilogram (kg) itu dijumpai seorang lelaki berumur 39 tahun ketika hendak menghantar anaknya ke sekolah pada jam 7 pagi. Katanya, hasil siasatan pihak polis yang diketuai Inspektor Nor Haslinda Ahmad, bayi berkenaan dilahirkan kira-kira jam 3 pagi di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Felda Air Tawar 3. "Pasangan tersebut dalam perjalanan dari Pengerang ke Kota Tinggi, namun berhenti di sebuah ladang dan wanita berkenaan melahirkan bayinya di situ sambil disambut teman lelakinya. "Kemudian mereka berpatah balik ke ke rumah abang lelaki berkenaan yang terletak di Teluk Ramunia sebelum meninggalkan bayi tersebut di Felda Sungai Mas. "Ketika dijumpai, bayi tersebut masih bernyawa dan sihat. Berikutan penemuan itu, pada keesokan harinya, sepasang kekasih mengaku membuang bayi mereka ketika membuat pemeriksaan kesihatan di hospital di sini," katanya pada sidang media, semalam. Muhammad berkata, wanita berkenaan berumur 20 tahun berasal dari Felda Tunggal manakala teman lelakinya berumur 25 tahun berasal dari Teluk Empang. Menurutnya, pihak polis turut menjumpai uri bayi berkenaan ditanam berhampiran kawasan ladang tersebut serta kesan darah. "Kami mendapati bayi yang dibuang itu merupakan bayi kedua dilahirkan wanita terbabit. Anak pertama berusia setahun lebih kini masih dalam jagaan ibu bapanya. "Pasangan kekasih tersebut kini direman sehingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan," katanya. Sementara itu, Muhammad berkata, pihak polis turut menerima laporan pada jam 2.45 pagi semalam, seorang bayi lelaki seberat dua kilogram ditemui di belakang rumah seorang pekerja di Ladang Telok Sengat. "Hasil siasatan polis mendapati bayi itu telah ditinggalkan lebih kurang sejam dan masih bernyawa. Bayi itu ditemui di dalam keadaan tidak berpakaian dan masih berdarah, malah turut dikerumuni lalat dan semut. "Kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu pihak polis," katanya. Muhammad berkata, bayi malang itu kini telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan masih dirawat di Hospital Kota Tinggi. Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan