Rabu, 20 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Resort terbiar jadi port penagih

Posted: 19 Jul 2011 05:00 PM PDT

Resort terbiar jadi port penagih SEBERANG MARANG - Penduduk setempat dan orang ramai yang mengunjungi Pantai Seberang Marang di sini, rimas dengan keadaan sebuah resort mempunyai kira-kira 50 buah bilik yang sudah tiga tahun ditinggalkan tanpa sebarang penyelenggaraan.

Malah, tinjauan Sinar Harian ke kawasan terbabit bersama penjaga fasiliti di situ, Ismail Mat Amin, 67, semalam, mendapati terdapat beberapa bilik telah dijadikan sebagai port penagih dadah melepaskan gian berdasarkan bukti yang ditemui.

Menurut Ismail, terdapat banyak bilik dan chalet dibina di kawasan itu dan terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan sejak tiga tahun lalu. Sejak itu, dia ditugaskan untuk menjaga kawasan terbabit bagi mengelak daripada diceroboh.

Namun, Ismail sendiri berasa tidak tenteram dan sering digamit kebimbangan berikutan terdapat beberapa bilik dan chalet kosong sering menjadi tumpuan individu datang dari luar untuk dijadikan sebagai sarang kepada aktiviti yang tidak sihat.

"Mereka bukan tahu takut walaupun kawasan ini ada penjaga, pernah saya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tetapi mereka datang semula ketika saya tiada dan menghilangkan diri apabila menyedari ada orang yang datang meronda," katanya.

Ismail berkata, tenaganya yang terhad tidak cukup untuk memastikan kawasan yang luas itu tidak diceroboh dan keadaan tersebut tidak sewajarnya berlaku, kerana ia mampu menggugat keselamatan dan keselesaan penduduk di kawasan berkenaan.

"Namun saya yakin masalah ini dapat dikurangkan jika kawasan berkenaan dapat dibangunkan semula dan tidak terbiar begitu sahaja," katanya yang pernah terserempak dengan sekumpulan pemuda dipercayai penagih dadah berlegar-legar di kawasan itu.

Selain itu, Ismail berkata, dia juga bimbang barangan seperti wayar kabel dan peralatan lain di situ terus menjadi mangsa pencuri yang sentiasa menunggu masa sesuai untuk melakukan perbuatan itu ketika dia pulang ke rumah atau keluar membeli makanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved