Selasa, 25 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Diganggu ah long kerana hutang anak

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Diganggu ah long kerana hutang anak KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri warga emas kini hidup dalam ketaku-tan selepas menerima pelbagai ugutan termasuk rumah disimbah cat merah selepas anak lelaki mereka gagal menjelaskan hutang ah long.

Chan Wooi @ Chap Hup Hui, 73, dan isteri Chong May Thye, 72, mendakwa mereka diugut ceti haram itu agar membayar hutang anak mereka Chan Siew Keong, 43, yang menghilangkan diri sejak dua bulan lepas.

Kakak Siew Keong yang enggan dikenali berkata, kediaman ibu bapanya di Petaling Jaya disimbah cat merah pada Rabu lalu selain menerima nota dalam bahasa Cina bermaksud "awak berhutang wang, awak bayar wang".

"Keesokan hari bapanya menerima panggilan telefon dipercayai daripada ah long, yang mengugut akan terus mengganggu mereka jika hutang Siew Keong tidak dijelaskan.

"Mereka juga berkata telah mengambil nombor pendaftaran semua kereta yang ada di rumah ibu bapa saya dan tidak teragak untuk merosakkan kereta-kereta itu jika kami tidak melayan permintaan mereka," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam Gerakan, di sini semalam.

Wanita itu juga berkata, keluarga mereka tidak tahu jumlah hutang adiknya dengan ah long terbabit, namun percaya angka mencecah ratusan ribu ringgit.

"Sebelum ini dia pernah banyak kali meminjam wang dari ibu hingga jumlahnya mencapai hampir RM60,000 dan tidak pernah membayar balik, kononnya bagi tujuan perniagaan kosmetik dan salun dijalankan bersama rakan kongsi wanitanya," katanya.

Katanya, mereka juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Sementara itu sumber polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya memberitahu kes masih disiasat dan masih mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan mereka sedang menjejaki ah long terbabit serta Siew Keong.- Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Guan Eng kena saman RM30 juta

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Guan Eng kena saman RM30 juta

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman semalam memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Lim Guan Eng berhubung kenyataan Ketua Menteri itu yang didakwa mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.

Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan; dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin Umno Pulau Pinang itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lepas.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Lim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Menurutnya, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved