Sinar Harian :: Suara Cakna |
Penjara 14 tahun, 7 sebatan merogol gadis bawah umur Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT Penjara 14 tahun, 7 sebatan merogol gadis bawah umur KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengekalkan hukuman penjara 14 tahun dan tujuh sebatan terhadap seorang buruh selepas bersabit kesalahan merogol gadis bawah umur yang juga jirannya lapan tahun lalu. |
Polis tahan tujuh lelaki warga emas sedang leka berjudi Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT Polis tahan tujuh lelaki warga emas sedang leka berjudi GEORGE TOWN - Polis menahan tujuh lelaki warga emas berusia antara 56 dan 70 tahun ketika sedang leka berjudi di hadapan Dewan Persatuan Nelayan, Permatang Damar Laut di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Far Hin berkata serbuan di dilakukan oleh sepasukan polis daripada bahagian siasatan jenayah dan maksiat (D7) ibupejabat daerah Barat Daya kira-kira pukul 12 malam tadi. "Ketika serbuan itu, kesemua mereka sedang leka bermain judi daun terup dan melibatkan pertaruhan wang tunai," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis merampas wang tunai berjumlah lebih RM100 yang dijadikan pertaruhan. Lai berkata kesemua suspek kini ditahan di Ibupejabat polis Daerah Barat Daya dan akan didakwa di mahkamah hari ini. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. Katanya hasil risikan polis mendapati kegiatan perjudian semakin berleluasa di kawasan daerah Barat Daya terutamanya sekitar Batu Maung, Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Permatang Damar Laut. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan