Rabu, 17 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Maik lulus bantuan dalam lima minit

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maik lulus bantuan dalam lima minit KOTA BHARU – Tiada karenah birokrasi di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selama ini kerana permohonan zakat mampu diluluskan tidak sampai lima minit, bergantung kepada jenis bantuan diperlukan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zin (gambar) berkata, pihaknya sentiasa efisien dalam memproses setiap permohonan daripada mereka yang memerlukan zakat bagi memastikan hanya yang betul-betul layak menerimanya.

"Tidak wujud masalah birokrasi di majlis ini kerana kami akan segera memproses setiap permohonan. Ada yang mendapat kelulusan segera dalam tempoh tidak sampai lima minit kerana permohonannya lengkap dan kami dapati individu terbabit memang layak.

"Terdapat permohonan yang mengambil masa sehingga tiga bulan kerana ia bergantung kepada jenis bantuan yang dipohon. Jika bantuan untuk membesarkan perniagaan yang sedia ada memang tidak diberikan segera berbanding bantuan untuk kematian yang terus diberikan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sebenarnya bantuan yang diberikan mengikut keperluan individu yang memohon kerana pihaknya ingin memastikan hanya golongan asnaf yang layak menerimanya.

Katanya, ini kerana pihaknya menerima laporan terdapat percubaan menipu oleh individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat tetapi ia dapat dikesan.

Kamaruddin berkata, menjadi prosedur biasa setiap permohonan perlu mengisi borang, mendapat pengesahan dan sebagainya, tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan.

Sementara itu, zakat Maik meningkat lebih 56 peratus bagi tempoh Januari hingga semalam sebanyak RM41.6 juta berbanding RM26.6 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

LZS lulus bantuan tempoh dua jam

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

LZS lulus bantuan tempoh dua jam SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memastikan bantuan zakat disalurkan adalah segera dan telus untuk memastikan ia sampai kepada golongan sasaran tanpa proses birokrasi rumit.

Ia juga pastikan bantuan diluluskan dalam tempoh dua jam mengikut piagam pelanggan ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata, bantuan diluluskan dalam tempoh dua jam melibatkan kelulusan permohonan maksimum sehingga RM3,000 melalui kaunter ekspres di ibu pejabat LZS.

Menurutnya, antara bantuan diberikan, perubatan, pelbagai bantuan kecemasan, keperluan pendidikan dan musafir.

"Terdapat bantuan diluluskan dalam tempoh 24 jam, antaranya berbentuk kecemasan asasi seperti bil perubatan, bil utiliti, makanan dan minuman, pengangkutan dan lain-lain yang dipohon di semua cawangan LZS.

"Bagi mempercepatkan proses kelulusan bantuan, permohonan juga boleh diluluskan di peringkat cawangan LZS, bagi bantuan bernilai RM3,000 ke bawah melibatkan kelulusan bantuan dalam tempoh 14 hari bekerja," katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamed Izam berkata, antara bantuan terbabit ialah bantuan makanan bulanan, kewangan bulanan, bantuan umum pelajaran, bantuan penerapan nilai Islam, sewa rumah, sumbangan aktiviti dakwah, bantuan perubatan, yuran persekolahan, keperluan pendidikan dan biasiswa pelajaran.

"Dalam LZS, tidak wujud birokrasi dalam pengagihan wang zakat, jika dilihat dari aspek kesegeraan kelulusan permohonan bantuan itu.

"Bagaimanapun, setiap permohonan mempunyai syarat, perlu disertakan dengan dokumen sokongan, prosedur dan tempoh tertentu bagi memastikan ketelusan permohonan dan hak zakat itu dapat dipelihara serta mengelakkan penipuan," katanya.

Piagam pelanggan LZS menetapkan kelulusan bantuan dalam tempoh maksimum 30 hari, bantuan melibatkan kadar RM3,000 ke atas.

"Bantuan ini memerlukan pemantauan dan siasatan lebih terperinci, antaranya rawatan dialisis, pembinaan baik pulih institusi agama seperti sekolah, surau dan masjid, bantuan hutang perubatan, bantuan benda dan baik pulih rumah," katanya.

Izam berkata, LZS memerlukan kerjasama daripada pemohon bagi memastikan borang permohonan dihantar lengkap agar proses segera boleh dilaksanakan.

"Selain itu, bagi memudahkan dan membantu pemohon membuat permohonan, LZS menyediakan 24 cawangan zakar di seluruh Selangor dan sebuah kaunter bergerak yang kondusif serta selesa dengan menyediakan borang permohonan di portal LZS yang boleh muat turun pemohon pada bila- bila masa.

"LZS menggunakan pelbagai medium dan mendapat kerjasama pelbagai pihak bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan antaranya mengadakan bancian setiap tiga tahun sekali, menggunakan garis penentuan fakir miskin, had al-kifayah," katanya.

Menurutnya, LZS juga mendapatkan kerjasama pihak yang hampir dan mengenali penduduk dari penghulu mukim, ketua kampung, pengerusi jawatankuasa penduduk, jawatankuasa kampung dan masjid, mendapatkan maklumat daripada sekolah, mendapatkan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan, orang persendirian, media dan sebagainya serta membuat siasatan sendiri ke rumah pemohon.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved