SH |
Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT Selewat-lewatnya September
BESUT- Kerajaan Negeri akan membayar segera elaun baru pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tertunggak selama lapan bulan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pembayaran akan dilakukan secepat mungkin kepada semua pengerusi JKKK di seluruh negeri. Menurutnya, bayaran tunggakan itu akan dibayar kepada penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia bermula pada Jun lalu. "Jika ada masalah, tunggakan berkenaan akan dibayar selewat-lewatnya pada September depan. Apa yang penting kerajaan tetap membayar elaun berkenaan sebagaimana diputuskan," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis menyampaikan watikah perlantikan kepada Pengerusi JKKK Daerah Besut dan majlis berbuka puasa di rumah Pegawai Daerah Besut di Pantai Peranginan Air Tawar di sini, kelmarin. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan Adun Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof. Seramai 2,500 Pengerusi JKKK Terengganu yang sebelum ini menerima elaun RM450 sebulan akan diberi bayaran elaun baru sebanyak RM800 sebulan bermula Januari tahun ini. Kenaikan kadar baru elaun pengerusi JKKK diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada pembentangan Bajet 2011 Oktober tahun lalu. Sementara itu, Ahmad berkata Kerajaan Negeri membelanjakan RM12 juta untuk pembayaran bonus kepada kakitangan Kerajaan Negeri yang dibayar bulan ini bagi meringankan beban. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan