Rabu, 17 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ah long dibunuh ketika kutip hutang

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ah long dibunuh ketika kutip hutang PETALING JAYA – Seorang pemberi hutang atau ah long ditemui mati dipercayai dibunuh dalam tandas tingkat satu, sebuah pusat karaoke di kawasan Petaling Jaya Commercial City (PJCC), Taman Medan di sini, kelmarin akibat ditetak di bahagian badan.

Mayat Phua Wei Loon, 25, ditemui terbaring dan berlumuran darah oleh seorang rakannya kira-kira 9.30 malam yang datang ke premis berkenaan untuk mencarinya setelah mengesyaki sesuatu buruk berlaku selepas gagal menghubungi mangsa.

Mangsa dikatakan datang ke premis berkenaan untuk berjumpa pemilik premis bagi tujuan mengutip hutang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa sebelum itu ada bertemu dengan pemilik pusat karaoke dan polis tidak menolak kemungkinan telah berlaku pergaduhan antara mereka berdua sebelum mangsa dibunuh.

Menurutnya, polis kini memburu pemilik premis itu yang dilaporkan menghilangkan diri bersama tiga pekerja warga Bangladesh di premis kopitiam yang berada di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu.

Dalam masa sama katanya, polis dipercayai telah membawa lari alat pembunuhan tersebut.

"Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terbaring dengan kesan cedera di beberapa bahagian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian kelmarin.

"Kita sedang kesan pemilik premis berusia 26 tahun yang disiasat mempunyai hutang antara RM5,000 hingga RM10,000 dengan mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan laporannya dijangka siap hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

YBGK buka talian 24 jam khidmat guaman percuma

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

YBGK buka talian 24 jam khidmat guaman percuma PUTRAJAYA – Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada rakyat dengan membuka talian 24 jam bermula Oktober ini.

Timbalan Pengerusi YBGK, Ragunath Kesavan berkata, talian YBGK, iaitu 1 800 88 9245, akan dilancarkan Oktober ini, seiring dengan matlamatnya untuk memulakan operasi penuh, bermula waktu sama.

Menurutnya, perkhidmatan percuma YBGK diberikan kepada golongan berpendapatan tidak melebihi RM25,000 setahun, manakala yang lebih RM25,000 akan dikenakan cas RM300.

"Buat permulaan, YBGK mulakan proses perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama memberikan khidmat kepada rakyat.

"Melalui kerjasama dengan PDRM, YBGK akan dimaklumkan mengenai tangkapan, sekali gus membantu pihak yang dituduh untuk mendapatkan peguam.

"Lebih 1,000 peguam sukarela termasuk peguam syariah mendaftar di bawah YBGK setakat ini," katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Peguam Negara, di sini.

Ragunath berkata, melalui YBGK, individu yang ditangkap akan diwakili peguam bermula peringkat tahanan dan reman, sesuatu yang tidak pernah dilakukan di Malaysia, sebelum ini.

"Orang kena tuduh akan diwakili peguam bermula peringkat tahanan, termasuk semasa sesi rakaman percakapan dilakukan polis.

"Penubuhan yayasan ini tepat pada masanya akan meringankan beban mereka yang tidak mampu sekali gus memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved