Sinar Harian :: Suara Cakna |
Pembunuh Norway lakon semula serangan ganas Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT Pembunuh Norway lakon semula serangan ganas
OSLO - Polis Norway membawa semula pembunuh ganas, Anders Behring Breivik ke pulau Utoeya, Sabtu lalu, bagi mendapatkan gambaran bagaimana serangan selama sejam yang membunuh 69 orang itu dilakukannya, tiga minggu lalu. Gambar dikeluarkan akhbar VG kelmarin, menunjukkan Breivik, 32, berdiri dalam posisi menembak semasa lawatan itu, seolah-olah sedang menyasarkan senapang ke arah seseorang di dalam air yang cuba melarikan diri daripadanya. "Banyak maklumat terperinci diperoleh dan kami berjaya menghidupkan semula ingatannya, terhadap apa yang berlaku pada hari kejadian semasa lawatan lapan jam itu," menurut pendakwa raya polis, Paal-Fredrik Hjort Kraby, kelmarin. Menurut Kraby, suspek memberikan kerjasama kepada polis, malah langsung tidak nampak kesan apabila dia kembali ke pulau itu dan tidak menggambarkan perasaan kesal di atas perbuatannya. Pada masa tertentu, Breivik memakai gari kaki dan tangan bersama jaket kalis peluru dan abah-abah yang diikat dengan tali semasa dibawa mengelilingi pulau itu di bawah pengawasan ketat polis. Pengganas itu mengakui bertanggungjawab, melancarkan serangan bom di Oslo yang membunuh lapan orang sebelum menuju ke pulau Utoeya dan menembak mati 69 mangsa yang sedang mengikuti kem belia pada 22 Julai lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |
Kementerian Pertahanan buat jualan murah Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT Kementerian Pertahanan buat jualan murah
LONDON - Di dalam filem James Bond, seutas jam bukan hanya berfungsi untuk memberitahu masa malah boleh membunuh musuh dengan satu butang atau menembak tali untuk memanjat bangunan.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Tetapi di dalam dunia sebenar, jam tangan mewah diberikan kepada pengintip, askar khas dalam penyamaran dan perisik yang bekerja di kedutaan Britain seluruh dunia, sesuai dengan imej palsu mereka sebagai diplomat. Kini, jam tangan mahal ini, serta ribuan lagi barangan termasuk pakaian, kapal layar dan pesawat tentera akan dijual pada harga murah oleh Kementerian Pertahanan Britain untuk cuba mengisi kekurangan 36 bilion pound (RM175 bilion) dalam bajet agensi itu. Iklan dikeluarkan di laman sesawang kementerian itu, menunjukkan barangan termasuk alatan digunakan askar dalam latihan dijual sehingga 90 peratus lebih murah daripada harga sebenar. Kapal perang, pesawat dan kenderaan tentera turut dijual, selepas pe-runtukan bagi perbelanjaan ketenteraan negara itu dikurangkan, tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan