Isnin, 15 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang tidak serius: Rahim

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang tidak serius: Rahim ALOR GAJAH - Sikap pembangkang tidak menunjukkan kesungguhan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama sebelum ini, ternyata mengecewakan banyak pihak, terutama rakyat.

Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, pembangkang nampak tidak serius dengan masalah murtad membabitkan umat Islam yang dilihat semakin membimbangkan.

"Mereka seperti tidak berminat untuk mengambil tahu tentang isu serbuan di gereja terbabit, walaupun seramai 12 orang yang beragama Islam dikesan menghadiri majlis tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian di program Menghayati Ramadan dan penyampaian sumbangan kepada Ibu-ibu Tunggal Seri Mastana di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah semalam.

Beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mana-mana jabatan berkaitan berperanan lebih tegas dalam bertindak memantau keadaan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Bekas ketua menteri Melaka itu memuji keberanian Exco Agama Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang berpendirian tegas menyokong tindakan Jais dalam melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas gereja terbabit.

"Keberanian beliau perlu dicontohi ahli Pas lain supaya mereka tahu pentingnya isu ini kerana membabitkan akidah umat Islam. Malah, isu memurtadkan umat Islam di negeri Selangor bukan sesuatu baru.

"Tetapi pembangkang dilihat lebih berminat meraih undi semata-mata supaya kekal berkuasa, sedangkan mereka gagal pertahankan kepentingan umat Islam kerana soal akidah adalah sesuatu yang sensitif," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sempat beli baju baru anak

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sempat beli baju baru anak MELAKA - Hasrat seorang pemandu teksi untuk melihat anak-anaknya memakai pakaian baru, sempena Aidilfitri ini tidak kesampaian, apabila dia menemui ajal dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Zain, Lebuh AMJ, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, Ismail Zainol Abidin, 45, meninggal dunia setelah teksi dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.

Mangsa sebelum ini, dikatakan bersungguh-sungguh membeli pakaian baru untuk anak-anaknya sebelum Ramadan lagi dan juga merancang untuk pulang bersama keluarga beraya di kampung isterinya di Baling Kedah, serta di kampung mangsa di Kuala Ketil, Kedah.

Isterinya, Shuraini Md Derani, 40, berkata, dia tidak sangka kesungguhan suaminya membeli baju baru untuk empat anaknya berusia lima hingga 13 tahun petanda akan pergi meninggalkan keluarga selama-lamanya.

"Arwah sudah menyediakan semua kelengkapan baju raya untuk anak-anak sejak sebelum bulan puasa lagi. Cuma kasut untuk anak-anak saja yang dia belum sempat beli," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Melaka, di sini semalam.

Shuraini yang turut hamil empat bulan berkata, suaminya sempat bersahur awal menikmati hidangan nasi ayam bersama keluarga sebelum keluar rumah di Taman Seri Kelemak, di sini kira-kira 3.30 pagi untuk memulakan kerja di Melaka Sentral.

"Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, tetapi sempat menghulurkan wang kepada anak sulung sebagai belanja tambang bas untuk pulang ke asrama sekolah di Batu Berendam nanti.

"Saya mengetahui dia kemalangan selepas polis datang ke rumah kira-kira 5.40 pagi. Mula-mula saya tidak percaya dan menganggap polis salah orang tetapi apabila polis menyebut teksi dan nama penuh suami saya, saya tergamam," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Asisten Supritendan V Gunasegaran berkata, kemalangan berlaku, apabila teksi jenis Proton Iswara dipandu mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu seorang jururawat, Cynthia Lim Ching Gek, 24, dari Pusat Perubatan Mahkota, di sini.

"Ia menyebabkan teksi itu terbakar di bahagian hadapan Kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian, " katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved