SH |
Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT Penduduk panik tembok runtuh
SERDANG – "Hanya beberapa saat selepas saya nampak air mencurah-curah keluar dari sistem perparitan pangsapuri bersebelahan rumah didiami, tembok batu sepanjang hampir 30 meter itu runtuh menyembah bumi," kata Tan Hua Aun, 53, penduduk pangsapuri Bayu, Bandar Bukit Serdang Seksyen 8 yang menyaksikan kejadian itu di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin itu berlaku sebelum dia sempat mengalihkan kereta yang diletakkan kurang satu meter dari situ menyebabkan kenderaan itu dihempap serpihan batu-bata. "Ketika saya menjenguk ke tingkap untuk melihat keadaan hujan itulah kejadian tembok runtuh itu berlaku menyebabkan saya dan anak kemudian berlari ke tingkat bawah pangsapuri didiami untuk melihat keadaan kereta," katanya. Hua Aun berkata, dia percaya kejadian berlaku akibat kegagalan pemaju membina tembok dinding mengikut spesifikasi sepatutnya. "Daripada mata kasar, kita boleh melihat strukturnya tidak mempunyai besi cerucuk yang sepatutnya mesti ada apabila membina konkrit batu seperti itu. "Ini adalah kejadian pertama, selepas saya menduduki pangsapuri ini lapan tahun lalu," katanya. Sementara itu, Setiausaha Pengurusan (MC) pangsapuri itu, Benny Heng melahirkan kerisauan akibat kejadian tembok runtuh kerana bimbang berlaku pergerakan tanah di kawasan berkenaan. "Tembok runtuh ini mungkin satu hal namun yang paling dibimbangkan struktur tangki air dengan ketinggian lebih 30 meter itu pula yang menyembah bumi. "Kami minta pihak bertanggungjawab supaya melihat perkara ini kerana sekiranya berlaku ia menjadi isu lebih besar kerana terletak kurang 20 meter dari pangsapuri yang kami diami," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Abdullah Marjunid berkata, pihaknya akan membantu membersihkan sisa konkrit tembok yang runtuh. Menurutnya, kerja baik pulih bukan di bawah bidang kuasa majlis tetapi di bawah tanggungjawab MC pangsapuri itu. "Bagaimanapun majlis akan mengesan semula perunding dan juga pemaju yang membina tembok berkenaan. "Daripada pemerhatian awal mendapati ia dibina tanpa asas tanpa mengikut spesifikasi yang sepatutnya," katanya yang mendakwa kejadian berlaku dipercayai akibat kegagalan struktur ditambah dengan keadaan cuaca hujan lebat, petang kelmarin. Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang turut meninjau lokasi itu berkata, daripada apa yang dilihat, ketika pembinaan tembok dibuat, pemaju tidak mengikut spesifikasi sepatutnya. "Meskipun pangsapuri dibina sembilan tahun lalu dan MC baru ditubuhkan pada dua tahun lalu namun apabila kejadian ini berlaku, pemaju masih perlu bertanggungjawab untuk membaik pulih dan menanggung kosnya. "Kos dianggarkan hampir RM50,000 untuk membina semula tembok dan membaik pulih sistem perparitan," katanya majlis akan mengesan pemaju untuk membaik pulih tembok yang rosak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan