Isnin, 15 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Polis tetap bersedia

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis tetap bersedia IPOH – Meskipun merasakan tiada insiden tidak diingini berlaku, polis tetap bersiap sedia untuk mengawal keselamatan ahli dewan dan kakitangan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof bagaimanapun berharap Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 itu berjalan dengan aman tanpa ada sebarang provokasi dari pihak lain.

"Perjalanan sidang DUN esok (hari ini) dijangka berlangsung seperti biasa namun, kita tetap buat perancangan keselamatan. Anggota kita tempatkan tidak ramai seperti pada permulaan sidang dewan yang dahulu.

"Saya berharap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Persidangan DUN lain ini dijangka akan diadakan selama dua hari dan perkara itu disahkan sendiri oleh Speaker DUN, Datuk R Ganesan.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak setuju dengan persidangan dua hari berkenaan memandangkan mereka mempunyai banyak perkara yang ingin ditimbulkan pada sidang DUN kali ini.

Daripada 59 ADUN, seramai 58 ADUN dijangka menghadiri sidang DUN kali ini kecuali ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim kerana digantung sehari setelah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN berikutan isu bomoh pada sidang DUN yang lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved