Isnin, 15 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sumbangan siapa patut dihargai?

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini. Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian. Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan Peribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya-raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan Bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu. Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar 'dosa besar' yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatu pun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu? Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bising pun. Orang lain pantang diusik. Malang sungguh jadi Melayu, Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Agenda merakyatkan Perlembagaan

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tanggal 13 November 2009, bermulalah satu kempen yang tidak pernah dianjurkan sebelum ini. Kempen untuk memartabatkan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara Malaysia. Pada hari itu, di auditorium Majlis Peguam, kempen Perlembagaanku yang dianjurkan Majlis Peguam melalui Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan, atau lebih dikenali sebagai 'MyConstitution' telah dilancarkan.

Perlembagaan Persekutuan adalah 'buku panduan' negara ini. Ia mengekalkan tiang-tiang pentadbiran demokratik. Ia mewujudkan sistem demokrasi kita, mengehadkan kuasa kerajaan dan menjamin hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia. Teramatlah penting untuk memastikan rakyat Malaysia mengenali Perlembagaan, supaya kita arif tentang 'buku panduan' negara ini dan sedar akan kuasa serta hak kerajaan dan badan-badan Perlembagaan. Supaya kita tahu akan hak-hak kita yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Namun, dokumen tersebut bukanlah mudah untuk difahami. Berlainan negara-negara lain, rakyat Malaysia tidak diberikan pendidikan komprehensif tentang Perlembagaan. Melalui Ruku negara, kita berikrar untuk 'meluhurkan Perlembagaan', tetapi berapa ramai yang benar-benar mengenali Perlembagaan?

Maka, sejak tahun 2009 kempen ini telah menjelajah seluruh negara. Dari Alor Setar ke Johor Bahru, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu kami membawa mesej kempen ini. Ia diterima dengan baik oleh seluruh pelosok masyarakat, yang rata-rata dahagakan ilmu tentang Perlembagaan. Pelbagai aktiviti dijalankan, antara lain forum; bengkel dan pembentangan. Kami juga mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, beberapa kerajaan negeri, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi swasta dan orang ramai.

Malangnya, dalam begitu banyak respons positif diterima, ada juga suara-suara mempersoalkan kempen ini. Ada tohmahan dan dakwaan dilemparkan kepada kami, kononnya kempen ini ingin meminda Perlembagaan, yang hanya boleh dipinda oleh Parlimen dan sudah pun dipinda berkali-kali. Kononnya, kempen ini mempunyai agenda tersembunyi. Di sini saya ingin nyatakan dengan muktamad, supaya tiada lagi ragu-ragu. Ya, memang kami mempunyai agenda. Setiap satu daripada lebih daripada 200 ahli kami mempunyai agenda yang sama. Agenda kami adalah satu; untuk 'merakyatkan Perlembagaan'. Kami ingin rakyat negara ini memahami Perlembagaan. Kami ingin Perlembagaan dimartabatkan, selaras dengan kedudukannya sebagai undang-undang terpenting dan tertinggi negara. Kami ingin meningkatkan tahap kesedaran rakyat tentang Perlembagaan dan mendidik serta menjana kuasa rakyat tentang dokumen terpenting ini. Itu matlamat kami. Tidak lebih dari itu, tiada objektif tersembunyi.

Saya tidak nampak bagaimana sesiapa boleh mempunyai bantahan terhadap agenda kami ini. Melainkan sekiranya anda tidak ingin rakyat Malaysia celik Perlembagaan. Mungkin kerana mereka yang melemparkan tohmahan ini tidak dapat memahami bagaimana sekumpulan sukarelawan boleh melaburkan usaha, tenaga, masa dan kadangkala wang demi memperjuangkan sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan demi kuasa, pangkat atau harta, tetapi demi melihat rakyat Malaysia mengenali Perlembagaan dan mencintai Perlembagaan. Walaupun sebuah jawatankuasa di bawah Majlis Peguam, ahli kempen ini bukan sahaja terdiri daripada peguam sahaja. Malah boleh dikatakan, penggerak utama kempen ini ialah ahli-ahli yang bukan peguam.

Sekiranya masih mengesyaki kami, marilah berbincang. Maklumkan pada kami apa bantahan anda. Tunjukkan bukti kononnya kami mempunyai agenda negatif, lebih baik lagi, mari sertai kami dalam usaha murni ini pintu sentiasa terbuka.

Jika tidak, hentikanlah dakwaan-dakwaan kosong dan tidak berasas di kedai kopi, di laman sesawang internet mahupun ruang bicara BBM. Biarlah kami terus merakyatkan Perlembagaan.

* Penulis ialah peguam dan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam untuk penggal ini.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved