Jumaat, 12 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Perhimpunan selepas raya jika kerajaan terus diam

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Perhimpunan selepas raya jika kerajaan terus diam PUTRAJAYA – Pemuda Pas Pusat memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjelaskan isu 'Mismah' dan beberapa nama lain yang didakwa sebagai penduduk tetap tetapi diberikan status warganegara dalam tempoh yang singkat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, jika KDN tidak memberi sebarang respon kepada tuntutan Pemuda Pas ini, maka langkah seterusnya adalah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan seterusnya.

Menurutnya, jika Perdana Menteri pun tidak memberi sebarang respons, maka Pemuda Pas akan mengadakan satu perhimpunan aman selepas perayaan Aidilfitri nanti.

"Jika semuanya tidak memberi respons, maka langkah kami yang terakhir adalah mengadakan satu perhimpunan aman untuk menghantar memorandum ke Istana Negara. Isu ini adalah isu yang besar, kita tidak boleh sesekali berkompromi dalam isu ini," katanya kepada media selepas menghantar memorandum kepada pegawai KDN di sini semalam.

Ditanya mengenai rancangan Pemuda Pas yang kelihatan lebih kehadapan berbanding bersih 2.0 dalam isu ini, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda Pas mengambil pendekatan yang berbeza sedikit.

"Dalam tuntutan bersih 2.0, mereka menuntut membersihkan daftar pemilih, tetapi kami pula mengambil sudut pengkhianatan kepada negara kerana secara mudah memberikan warganegara kepada orang luar," katanya.

Mengulas mengenai penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi alasan isu Mismah disebabkan data yang tidak dikemas kini, Suhaizan menegaskan alasan tersebut langsung tidak boleh diterima.

"Dari 31 Januari sehingga 2 Ogos lalu, sudah lebih tujuh bulan data JPN tidak dikemaskinikan, saya boleh kata kereta lembu yang bergerak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pun hanya ambil masa dua hari," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Seminggu mencari Mismah

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Seminggu mencari Mismah Selepas nama Mismah terbit di sebuah portal, ramai mula memikirkan siapa wanita itu? Bagaimana rupanya? Malah dakwaan yang disandang juga berat. Kaitan dakwaan Mismah dengan 'MyKad segera' seperti menjadi misteri kerana beberapa pihak sibuk bercerita mengenainya tetapi Mismah yang disebut-sebut itu tidak ditampilkan?

Bimbang pula jika isu Mismah menjadi bertambah rumit jika digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di kemudian hari.

Menyedari bahawa Mismah boleh merungkai misteri itu, Sinar Harian berusaha menjejakinya dengan membawa segunung harapan serta hasrat murni untuk bertemu Mismah. Saya dipanggil untuk membantu pencarian itu. Di dalam hati ada rasa ragu, takut tidak menemui orang yang dicari. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh kerana ingin merungkai persoalan yang menjadi kontroversi kini.

Bukan ada niat lain tetapi kami membawa hasrat suci untuk mendengar cerita daripada Mismah, maka pencarian pun dimulakan dengan mencubit sedikit maklumat daripada portal itu. Sayangnya, alamat Mismah dalam MyKad itu pula tidak lengkap.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved