SH |
Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT Dugaan Ramadan KOTA TINGGI – Gara-gara terlupa hendak mematikan api dapur gas ketika menjerang air selepas keluar rumah, nyaris menyebabkan seluruh rumah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Felda Air Tawar 2, di sini, semalam. Namun, kepantasan pihak bomba dan jiran tetangga membantu memadamkan api dapat menyelamatkan keadaan seterusnya mencegah kebakaran besar berlaku. Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Fatimah Jaafar, 65, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah hari itu ketika dia sedang berehat di rumah sebelum terdengar bunyi letupan seperti mercun dari arah rumah jirannya itu. "Setelah mendengarnya, saya keluar rumah dan melihat api dari arah dapur rumah jiran sedang marak menjulang tinggi ke langit. Saya yang panik segera ke rumah jiran berdekatan untuk meminta pertolongan. "Ada jiran yang cuba membantu memadamkan api namun api yang semakin marak menyebabkan usaha mereka terbantut sehinggalah pihak bomba datang kurang 10 minit dan berjaya memadamkan api," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Ismail Abdul Latif mengesahkan kejadian itu dipercayai berpunca daripada api dapur yang tidak dimatikan penghuni ketika keluar dari rumah. "Siasatan awal mendapati kebakaran yang berlaku berpunca daripada penghuni yang menjerang air tidak mematikan api dapur gas sebelum meninggalkan rumah untuk ke bandar. "Setelah menerima laporan daripada penduduk, anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan kebetulan juga ketika kejadian berlaku, anggota kami terlibat dengan aktiviti gotong-royong di kawasan ini serta merta ke rumah mangsa dan berjaya memadamkan api dalam masa dua minit," katanya. Katanya, anggaran kerugian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Kita berharap orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan dengan memastikan dapur gas serta peralatan elektrik yang lainnya dimatikan sebelum keluar rumah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. "Mereka perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca panas yang tidak menentu terutama menjelang musim perayaan ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan