SH |
Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT Hakim tegur Pok Min KOTA BHARU - "Pada umur seperti kamu sepatutnya berada di masjid berbuat amal ibadat. Sudah tidak sesuai bergari seperti ini dan berdiri di kandang pesalah". Demikian kata Hakim, Zainal L Saleh dalam prosiding dakwaan terhadap seorang warga emas yang dituduh merogol kanak-kanak berusia 12 tahun, bulan lalu. Mat Amin Hussin, 75, atau dikenali sebagai 'Pok Min' dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya di alamat tanpa nombor di kampung berkenaan pada jam 2 petang, 27 Julai lalu. Berikutan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan mengikut peruntukkan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan. Zainal dalam pertimbangannya berkata, pada kebiasaannya beliau tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh yang berdepan dakwaan kesalahan seksual. Bagaimanapun katanya, berikutan faktor umur tertuduh yang sudah berusia, beliau membenarkan jaminan RM15,000 dengan syarat tertuduh, keluarga dan kenalannya tidak mendekati mahupun mengganggu mangsa yang tinggal sekampung dengannya. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Riffin dan peguam bela, Ahmad Nizam Mohamed tersebut disambung semula 15 September depan. Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan seorang warga emas berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku merogol seorang kanak-kanak 10 tahun di tempat, masa dan tarikh sama. Lelaki berkenaan Dollah Senik yang dikenali sebagai 'Pok Loh' adalah rakan kepada 'Pok Min' dan berdasarkan fakta kes, mangsa kedua-duanya adik-beradik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan