Jumaat, 12 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pelajar cedera dipukul guru

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pelajar cedera dipukul guru SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima cedera di kepala selepas mendakwa seorang guru memukulnya dengan menggunakan kerusi plastik di sekolahnya di sini, kelmarin.

Mangsa, S Thangethurei, 18, mengalami kecederaan luka di bahagian kiri kepala dan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15.

Thangethurei berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia bersama 38 pelajar lain sedang menduduki peperiksaan bulanan bagi mata pelajaran Moral dan Tasawwur Islam.

Dia mendakwa, guru lelaki yang dipanggil ustaz itu menyuruh semua pelajarnya diam kerana peperiksaan akan dimulakan.

"Tiba-tiba dia (Ustaz Hadi) datang ke arah saya dan terus mengayun kerusi plastik itu ke kepala saya. Semua pelajar terus diam.

"Saya berasa pening dan pedih. Apabila diperiksa, saya dapati ada kesan luka dan darah," dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 17, semalam.

Menurutnya, dia kemudiannya terus keluar dari kelas dan menghubungi abangnya dengan menggunakan telefon awam yang berada berhampiran bilik guru.

Sementara itu, abangnya, S Kanagarajan, 27, berkata, dia kemudiannya cuba mendapatkan penjelasan sebenar daripada guru berkenaan dan pengetua sekolah tetapi tidak berhasil.

Dia kemudiannya membawa adiknya itu ke HTAR, tiga jam kemudiannya selepas gagal mendapatkan penjelasan daripada pihak bertanggung jawab.

"Sekiranya adik saya degil, saya izinkan guru itu rotan tetapi menggunakan kerusi sehingga menyebabkan kecederaan adalah satu perbuatan yang tidak masuk akal dan menyalahi etika seorang guru," katanya kepada Sinar Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved