Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Nicol rangkul kejuaraan sulung terbuka Australia Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT Nicol rangkul kejuaraan sulung terbuka Australia CANBERRA -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan sulung Terbuka Australia dalam percubaan pertamanya apabila menumpaskan Jenny Duncalf pada perlawanan akhir, di sini hari ini. Nicol, pemain nombor satu dunia dan juga pilihan pertama kejohanan, menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pemain England itu dengan 11-8, 11-4, 11-6 untuk memastikan namanya terpahat pada Piala Heather McKay bersama pemain lagenda sukan itu. Nicol menguasai perlawanan dengan mendahului 6-1 pada set pembukaan sebelum Duncalf bangkit untuk mengejar kutipan mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan sebelum jaguh dunia itu menang set pertama. Anak kelahiran Pulau Pinang yang dibimbing oleh Liz Irving itu sekali lagi menguasai set kedua untuk mencapai kemenangan mudah sebelum Duncalf memberi saingan awal pada set ketiga. Bagaimanapun, rentak permainan Nicol yang agresif dan sukar diramal itu menyebabkan Duncalf, pemain nombor dua dunia, terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu. "Saya perlu konsisten dan pergerakan saya adalah baik serta menumpukan perhatian sepanjang perlawanan akhir ini. Saya tahu kejohanan ini mempunyai sejarah istimewa dan berprestij. "Saya tidak mahu lepas peluang untuk nama saya tertera pada piala itu dan bangga dengan kejayaan ini," kata Nicol yang berusia 27 tahun. -- BERNAMA |
Peniaga diberi amaran supaya papar tanda harga barang Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT Peniaga diberi amaran supaya papar tanda harga barang PENGKALAN HULU -- Para peniaga diingatkan serta diberi amaran keras supaya memaparkan tanda harga pada barang jualan mereka sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tegas. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika ada aduan peniaga gagal meletakkan tanda harga terutama sempena sambutan hari raya dua minggu lagi. Tan yang juga Anggota Parlimen Grik berkata, pihak kementerian sentiasa mengambil berat rungutan rakyat mengenai tindakan segelintir peniaga yang sengaja mahu mengelirukan pembeli. "Letakkan tanda harga jika enggan dikenakan tindakan," katanya ketika ditemui pada majlis sumbangan bantuan kepada 200 anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan di sini. Beliau juga menasihatkan pengguna supaya tidak membuat pembelian panik
hingga membuka peluang kepada peniaga menaikkan harga barang untuk mengaut
keuntungan sempena musim perayaan ini. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan