Ahad, 14 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Mismah tak dibayar

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mismah tak dibayar KUALA SELANGOR – UMNO Selangor menafikan Mismah mendapat bayaran daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN) kerana mendedahkan dirinya kepada umum melalui akhbar Sinar Harian, kelmarin.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tuduhan pembangkang melalui Internet itu menunjukkan mereka mempunyai pemikiran sempit dan takut kepada bayang-bayang.

Menurutnya, pembangkang akan mempolitikkan semua isu dengan tujuan mengaburi mata rakyat, burukkan pentadbiran kerajaan yang akhirnya menyebabkan persepsi baru kepada kerajaan.

"Hari ini, kita (UMNO Selangor) datang berjumpa Mismah di rumahnya sendiri untuk menegakkan kebenaran di atas pembohongan pembangkang dan kita lihat dokumen dimilikinya betul.

"Kita mencari keadilan, mesti ada bukti, Mismah dapat kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 dengan melakukan dua kali permohonan mengikut prosedur ditetapkan," katanya.

Noh meluangkan masa selama sejam melawat Mismah di kediamannya di Desa Coalfields, semalam.

Ditanya mengenai pemimpin pembangkang yang mempunyai kod 71 dalam kad pengenalan mereka, Noh mempersoalkan kepada pembangkang bagaimana ada pemimpin mereka yang mempunyai kod 71 menjadi wakil rakyat.

"Mereka mempertikaikan kod 71 yang mana lahir di luar negara, tetapi ada di antara mereka mempunyai kod kelahiran seperti itu.

"Pemimpin didakwa mempunyai kod kelahiran itu perlu disiasat sama ada betul atau tidak mempunyai kod 71 kerana kod itu menunjukkan mereka tidak lahir di Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved