SH |
Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT Asrama musnah dijilat api
JITRA - Tinggal sehelai sepinggang. Begitulah nasib 71 pelajar lelaki asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di sini selepas empat dari enam bilik di blok asrama lelaki sekolah itu hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Semua mereka yang ketika itu sedang berehat selepas waktu persekolahan semalam bagaimanapun selamat selepas masing-masing diarahkan keluar oleh warden asrama ke tempat yang lebih selamat. Pengusaha Dewan Makan Asrama sekolah tersebut, Zaidi Mohamad, 38, berkata, pada mulanya dia yang terdengar bunyi letupan kecil segera meninjau keluar sebelum ternampak asap berkepul dari arah bangunan dua tingkat asrama pelajar lelaki terbabit. Menurutnya, dia segera memaklumkan perkara itu kepada warden asrama sebelum semua pelajar lelaki berkenaan diarahkan keluar dari blok asrama mereka. "Sewaktu kejadian saya sedang sibuk menyediakan makanan untuk berbuka kepada semua penghuni asrama di sekolah ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam. SMK Tunku Anum yang juga Sekolah Sukan Negeri itu mempunyai sebuah blok asrama lelaki yang memuatkan 100 pelajar, bagaimanapun hanya 71 pelajar lelaki yang berada di situ sewaktu kejadian. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat yang turut ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya bersyukur kerana semua pelajar selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Menurutnya, buat sementara waktu semua pelajar terbabit akan ditempatkan di blok lain di sekolah berkenaan bagi meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa. "Kita akan mengambil langkah susulan bagi memastikan semua pelajar yang terlibat dalam kebakaran dapat meneruskan pembelajaran mereka tanpa menjejaskan konsentrasi masing-masing. "Semua pakaian dan buku-buku yang musnah dalam kebakaran juga akan diuruskan dengan segera tanpa menjejaskan pembelajaran pelajar terbabit," katanya. Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.31 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian seminit selepas menerima panggilan dan tiba di lokasi jam 3.40 petang. Menurutnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian api marak dapat dilihat di bahagian tengah asrama itu. "Api dapat dipadamkan dalam tempoh 18 minit dengan kerja pemadaman melibatkan lima buah jentera termasuk sebuah lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dengan bantuan lapan pasukan dari balai bomba sukarela "Bagaimanapun punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan