Ahad, 14 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Malang dua bersaudara

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Malang dua bersaudara TELUK INTAN - Niat seorang lelaki mengambil anak saudara pulang dari kem perkhemahan di sekolah berakhir tragedi apabila terlibat dalam kemalangan maut di Lorong Tokong Siam, Jalan Selabak, petang semalam.

Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan kejadian 4.20 petang itu yang menyebabkan dua maut, seorang kritikal dan dua selamat.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai V Menan Raj, 21, juga pemandu kenderaan pacuan empat roda dan salah seorang anak saudaranya dikenali sebagai R Thivaran, 7, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan.

Menurutnya, mangsa lain dikenali sebagai, R Rajaletchumy, 9, masih kritikal menerima rawatan di Hospital Teluk Intan manakala R Mugilan, 13, dan adiknya, R Vimal, 2, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mangsa (Menan Raj) bersama empat anak saudaranya dalam perjalanan pulang dari Selabak Dalam ke Jalan Padang Tembak melalui Lorong Tokong Siam.

"Tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa melalui sebuah jambatan sempit seluas lebih kurang 2.5 meter sebelum hilang kawalan lalu masuk ke dalam parit sedalam lebih kurang tiga meter.

"Penduduk yang menyedari kejadian itu membantu kesemua mangsa keluar namun Menan Raj yang tersepit di tempat duduknya menyukarkan lagi kerja-kerja menyelamat dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan, namun anak saudara mangsa, R Thivaran, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Kok Liang berkata, punca kematian bagi kedua-dua mangsa masih belum diketahui kerana bedah siasat akan dijalankan pada 9.30 malam semalam manakala kesemua mangsa yang selamat masih menerima rawatan di pusat rawatan itu.

"Pihak kami akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan masih dijalankan di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved