Selasa, 9 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Firefly kembali dengan pakej jaminan

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Firefly kembali dengan pakej jaminan Syarikat penerbangan komuniti Firefly menawarkan pengembara pakej pengembaraan dalam talian 'Best-est Deals' mulai 8 hingga 14 Ogos ini untuk perjalanan antara 15 Ogos ini dan 27 Oktober 2012.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Angelina C Fernandez berkata, ini adalah tawaran terbaik dengan pakej jaminan pulangan wang dari serendah RM269 untuk penginapan tiga hari/dua malam di Langkawi.

Menurutnya, destinasi lain di Kota Kinabalu dari RM289, Phuket dari RM339 dan Koh Samui dari RM599.

"Pakej ini termasuk tiket pergi/balik dengan cukai dan surcaj lapangan terbang serta penginapan hotel 'twin sharing'. Ia sah hanya untuk belian dalam talian terpilih dibuat di www.fireflyholiday.com.

"Katalah jika pengguna membeli pakej serupa yang sama pada harga rendah dari Pameran Pengembaraan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur antara 12 dan 14 Ogos, mereka boleh emel kepada kami di contactus@fireflyholiday.com dengan bukti belian dan kami akan memulangkan semula pembayaran dibuat," kata Angelina dalam satu kenyataan.

FireFly pertama kali memulakan pakej jaminan pulangan wang pada Mac sempena Pameran Matta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kreativiti modal bernilai Unggul Art

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kreativiti modal bernilai Unggul Art Berbekalkan minat dan kesungguhan terhadap industri kraf tangan, Mohd Izlan Daud menjadikan minat terbabit sebagai kerjaya yang dapat memberi kepuasan tidak terhingga kepada dirinya.

Sebagai pereka di Unggul Art and Design Sdn Bhd, dia yakin industri kraf tangan mempunyai potensi tinggi setelah ekoran sambutan pasaran kini terhadap barangan kraf tangan semakin berkembang.

Bermula dengan menghasilkan cenderamata korporat pada 1999, kini syarikat sudah mula mengeluarkan produk sendiri ekoran situasi ekonomi tidak stabil, tiga tahun lalu.

Menurutnya, keputusan menghasilkan produk sendiri dibuat kerana pada waktu itu tempahan agak kurang dan pasaran kraf tangan belum meluas.

"Salah satu cara memperkenalkan produk kami kepada umum dengan menyertai pameran dianjurkan kerajaan seperti Floria, Hari Kraf Kebangsaan dan Laman Seni," katanya.

Mohd Izlan berkata, syarikatnya mula membuka kedai di Arked Mara Kajang pada awal Februari lalu.

Menurutnya, Unggul Art and Design Sdn Bhd mempunyai galeri di Bangi untuk memudahkan pelanggan melihat sendiri koleksinya dan setiap kraf dihasilkan mempunyai keunikan dan hak eksklusif tersendiri dan sentiasa menepati cita rasa pelanggan.

"Selain plak dan cenderamata korporat, tempahan cenderamata, piala, rekaan kraf tangan (resin) dalam bentuk 2D atau 3D, ukiran acrylic (khat) dan ukiran dinding bangunan (GFRC) juga di ambil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved