Selasa, 9 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga emas rentung

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Warga emas rentung PASIR MAS – Tujuh sekeluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila ibu saudara yang ditinggalkan sendirian, rentung dalam kebakaran di Kampung Kubang Pak Amin jam 10.15 malam, kelmarin.

Difahamkan, kejadian bermula apabila bekalan elektrik terputus sejurus selepas berbuka puasa, sehingga memaksa keluarga berkenaan menggunakan lilin bagi menerangi rumah.

Menantu saudara mangsa, Md Zonkifle Ibrahim, 48, berkata, selepas berbuka puasa, saya dan empat anak-anak bersiap untuk mengerjakan solat terawih di surau tidak jauh dari perkarangan rumah.

"Sementara isteri saya pula, Zuraini Yusoff, 38, terpaksa meneruskan pekerjaan sebagai pembantu kedai dan meninggalkan anak sulung kami untuk menjaga ibu saudara, Che Yam @ Che Zahrah Semail, 73, yang terlantar akibat lumpuh sejak tiga tahun lalu.

"Saya dapati bekalan elektrik kembali seperti biasa sejurus sebelum habis terawih kira-kira jam 9.30 malam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia juga sempat singgah di kedai untuk membeli 'colek' namun ia terbantut apabila penduduk memberitahunya mengenai kebakaran yang menimpa rumahnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamed Adenan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.36 malam.

"Kita bergegas ke tempat kejadian dengan satu jentera dan satu kembara dengan kekuatan lapan anggota. Rumah tersebut terbakar hampir 80 peratus sebaik sahaja kita tiba di tempat kejadian.

"Kita juga menjumpai mayat mangsa dalam keadaan terlentang di atas tilam dan mangsa mungkin dihempap almari berdekatan kerana terdapat banyak kayu dan kain di atas mayat mangsa," katanya.

Menurutnya, punca dan kerugian yang ditanggung masih dalam siasatan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved